Rahsia Niaga.Com

Blog Rahsia Niaga adalah rangkaian blog bagi RahsiaNiaga.Com. Blog ini memapar kaedah, rahsia, petua dan tip untuk berniaga secara online dan offline agar kita tidak mensia-siakan masa hidup kita ke arah yang tidak sihat. Semoga apa yang terkandung dalam blog ini memberi syafaat kepada kita semua tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit.

 
New Ads
Produk Terhangat !
Rakan Cyber

Mai la...KLIK SAYA!

Other things
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus.
Other things
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus.
Sebab - sebab Penolakan - Siri 5
Saturday, September 30, 2006
...sambungan

Matlamat yang terlalu tinggi ataupun tiada matlamat
Ramai usahawan MLM yang menjalankan perniagaan ini mempunyai matlamat yang terlalu tinggi dan hampir mustahil dicapai. Apabila menaja, mereka lekas hendak ‘closing’ atau mencapai persetujuan. Mereka kurang menjalinkan perhubungan sesama manusia atau human relationship. Dalam MLM, 70 peratus terdiri daripada perhubungan manusia dengan manusia dan 30 peratus perniagaan. Dengan kata lain, menjalinkan perhubungan sesama manusia adalah wajib. Anda menguruskan manusia dan secara automatik, produk terurus. Ada juga usahawan MLM yang langsung tiada matlamat. Mereka tidak ada target yang hendak dicapai. Mereka menjalankan perniagaan MLM secara membuta tuli atau tidak menentu. Jadi, hasilnya yang dapat juga tidak menentu. Setiap langkah yang diambil perlukan target dan matlamat. Namun begitu, matlamat anda perlukan SMART.

S (Specific) – Jelas dan mudah dilakukan mengikut keupayaan anda sendiri.
M (Measurable) – Boleh diukur dari masa ke masa.
A (Attainable) – Boleh dicapai.
R (Realistic) – Tidak mustahil dicapai.
T (Trackable) – Mempunyai tempoh yang khusus.

Tanpa matlamat yang jelas, sukarlah untuk anda berjaya dalam perniagaan MLM ini. Jadi, tentukan apa matlamat anda dengan jelas hari ini. Agar supaya orang lain melihat anda dengan penuh keyakinan. Bahagian matlamat itu kepada matlamat jangka pendek, jangka sederhana dan jangka masa panjang.
Sambunga...
posted by editor @ 12:24 PM  
Sebab - sebab Penolakan - Siri 4
Friday, September 29, 2006
...sambungan

Prospek Menghadapi Masalah Kewangan
Ada juga prospek yang menolak bukan dsebabkan mereka tidak berminat dengan produk atau di taja oleh anda, tetapi disebabkan kerana mereka kekurangan atau menghadapai masalah kewangan. Bagi mereka, produk yang ditawarkan anda itu sangat mahal dan mereka tidak mampu membeli atau maintain setiap bulan. Dalam situasi ini, anda perlu bersabar dan dalam masa yang sama memberitahu mereka tentang perkara yang sebenar.

Barangan MLM (yang tulen) adalah merupakan barangan yang menjimatkan sama ada dalam jangka masa panjang mahupun jangka masa pendek. Dengan menjadi ahli syarikat MLM anda, mereka boleh memperolehi diskaun antara 10 hingga 30 peratus. Bahkan seandainya mereka menaja orang lain (downline mereka), dengan sendirinya mereka boleh membina rangkaian (network) dan memperolehi bonus setiap bulan. Boleh dikatakan dengan cara ini, mereka boleh memperolehi barangan itu secara PERCUMA. Bonus yang diperolehi melebihi maintain bulanan.

Lebih hebat lagi jika mereka naik pangkat yang lebih atas, mereka akan menerima tabung kereta dan berpeluang melancong ke luar negara (ikut plan marketing setiap syarikat MLM). Jadi, di manakah mahalnya harga barangan MLM itu? Setiap barangan MLM juga sentiasa di jaga mutu, kualiti dan harganya. Setiap pembelian produk oleh pelanggan atau ahli juga dilindungi insuran jika berlaku kejadian yang tidak di ingini (seperti berlaku kesan sampingan kepada pengguna) setelah menggunakan produk tersebut.
Bersambung...
posted by editor @ 9:39 AM  
Sebab - sebab Penolakan - Siri 3
Thursday, September 28, 2006
... sambungan

Keperibadian anda
Faktor keperibadian anda juga banyak menjadi penyebab kepada berlakunya faktor penolakan ini. Cara anda berpakaian dan cara anda berkomunikasi amat dititkberatkan ketika bertemu prospek. Jika cara berpakaian anda tidak boleh memberikan keyakinan kepada prospek, sudah tentunya akan berlaku penolakan oleh prospek. Ada sesetangah usahawan MLM yang selalu berpakaian yang tidak melambangkan profesion bidang MLM ketika bertemu janji dengan prospek. Orang lain akan meilhat cara kita berpakaian. Kerana melalui pakaian itu, ia mampu melambangkan peribadi dan pemikiran seseorang itu.

Cara berkomunikasi juga banyak tidak dititikberatkan. Intonasi suara yang tidak betul dan cara penerangan yang syok sendiri juga memberi faktor penyebab kenapa prospek langsung tidak memberikan respons keinginan untuk membeli atau menjadi downline anda. Ada juga usahawan MLM yang suka berleter kepada prospek. Jangan lupa, customer is always right. Pelanggan sentiasa betul. Anda pelu bersetuju dengan apa sahaja pendapat prospek dan memperbetulkan kesilapannya secara berhemah agar tidak menyinggung perasaan prospek. Jangan pula bertegang urat dan berbahas dengan prospek walaupun kadang – kala prospek memberi pendapat dan kenyataan yang salah. Adakalanya sesuatu perbahasan ini tidak sesuai dalam perniagaan MLM sama ada ketika menjual produk / perkhidmatan ataupun ketika menaja ahli.

Sikap kurang sabar anda juga boleh menjadi faktor penyebab prospek kurang berminat untuk membeli produk dari / menjadi ahli tajaan anda. Bukannya dia tidak mahu produk atau menjadi ahli syarikat MLM anda, tetapi dia tidak suka cara anda. Contohnya, anda hendak prospek itu terus membeli atau ditaja dengan cepat. Dengan kata lain, anda sangat tidak suka sesuatu penolakan. Anda perlu ingat, bahawa sesuatu penolakan itu adalah salah satu daripada sunnatulllah / tabii (sifat kejadian manusia). Jadi, dalam soal penolakan oleh prospek ini tidak akan menjadi maslah sekiranya anda mahir menanganinya dengan bijak.

Tetapi ingat, ada sesetengah prospek yang anda akan temui adakalanya seorang yang EGO. Mereka sukamenyakitkan hati anda dan jika anda tidak mempunyai sifat kesabaran yang tinggi, mana mungkin anda dapat menjual atau menaja prospek sebegitu. Kesabaran itu sebenar sangat pahit tetapi hasilnya sangat manis. Ibarat ubat yang sangat mujarab. Selalu buat susulan bertemu / bertanya dengan prospek dalam jarak 1, 3, 5 atau 7 hari sekali. Jangan berputus asa. Adakalanya prospek ingin melihat dulu sambil mempertimbangkan sama ada ingin membeli / di taja oleh anda atau tidak. Jadi, anda perlu cuba dan terus mencuba sehingga mendatangkan hasil. Selamat mencuba... !

Bersambung...
posted by editor @ 8:33 AM  
Sebab – Sebab Penolakan - Siri 2
Wednesday, September 27, 2006
...sambungan
Cara Penyampaian yang tidak berkesan
Anda perlu beri perhatian pada cara penyampaian. Apabila penyampaian tidak berkesan, mana mungkin prospek dapat menunjukan minatnya. Rata – rata usahawan MLM, tidak dapat memenangi hati prospek hanya semata – mata kerana cara penyampaian yang kurang berkesan.

Penyampaian terdiri daripada beberapa item iaitu produk, pelan pemasaran dan kesihatan. Daripada segi produk, apabila anda kurang mahir dan kurang pengetahuan, sudah pasti penerangan anda bercelaru dan tidak menepati sasaran prospek. Bercerita tentang produk secara berlebih – lebihan seolah – olah produk anda terhebat seantero dunia juga boleh menyebabkan prospek kurang berminat pada penerangan anda.

Sengaja menambah-nambah cerita yang bukan – bukan mengenai produk itu seperti boleh menyembuh pelbagai penyakit, sedangkan ia tidak pernah di ajar oleh upline, juga boleh menyebabkan prospek kurang berminat. Itu menipu namanya. Nasihat saya, jangan menipu. Jangan kerana hendak melariskan jualan atau menaja prospek, anda sanggup mencipta kelebihan produk yang padahalnya tidak seperti yang anda ceritakan.

Dalam MLM, menipu dan menambah – nambah cerita pasti tidak berjaya. Kebanyakan prospek sekarang adalah terdiri daripada golongan yang berpelajaran. Mereka boleh tahu sama ada anda menipu atau tidak. Oleh itu, anda perlu jujur dalam menjalankan perniagaan MLM.

Pelan pemasaran juga harus diringkaskan dan tidak berbelit – belit. Salah satu sebab prospek tidak berminat adalah kerana penerangan pelan pemasaran terlalu berbelit – belit sehingga prospek pening kepala untuk mendengarnya. Cari satu penyelesaian dengan mencipta cara yang paling mudah semasa anda membuat penerangan pelan pemasaran.

Jangan cerita terlalu hebat hingga boleh jadi jutawan dalam masa yang pendek. Itu satu lagi perkara yang perlu anda ambil perhatian. Hidup ini terbina melalui proses yang panjang dan jarang sekali adanya jalan mudah untuk berjaya. Anda boleh kaya melalui MLM tetapi bukan secara cepat. Ianya perlu melalui proses yang teratur dan mengambil masa yang lama.
Selain daripada itu, faktor kesihatan juga menjadi punca berlakunya penolakan. Ada prospek juga terlalu berhati – hati terhadap barangan MLM, lebih – lebih lagi makanan kesihatan. Maklumlah di zaman sekarang ni, terlalu banyak sangat barangan makanan kesihatan dan ada juga barangan yang tidak terkawal dan akibatnya, berlaku beberapa perkara yang tidak dapat diduga seperti menipu. Namun begitu, anda boleh menimbulkan kembali keyakinan prospek dengan cara menceritakan testimonial atau menunjukkan bukti. Pembuktian amat penting. Prospek lebih suka melihat dengan matanya sendiri daripada hanya mendengar cerita – cerita kebaikan produk tersebut sahaja.
Sambungan...
posted by editor @ 10:16 AM  
Sebab – Sebab Penolakan - Siri 1
Tuesday, September 26, 2006
Tidak dapat dinafikan bahawa sesuatu penolakan pasti wujud dalam proses menaja atau menjual produk terutamanya dalam MLM. Sebenarnya, tiada satu perkara atau kerja yang senang yang tidak ada kegagalan. Bukan senang nak jadi senang ni. Tetapi, anda perlulah bersedia dengan kegagalan atau dengan kata lain, penolakan. Anda perlu mengetahui apakah sebab – sebab penolakan. Apabila anda tahu punca – punca ini, bolehlah ia diperbetulkan. Cari sebab dan cari cara mengatasinya. Lain orang, lain sebab dan punca penolkan. Sebab – sebab penolakan :

Waktu dan tempat yang tidak sesuai
Anda mengalami masalah prospek yang tidak berminat dan menolak untuk ditaja atau membeli produk MLM. Perkara pertama, ianya mungkin disebabkan oleh waktu dan tempat yang tidak sesuai. Mungkin prospek anda ada banyak kerja yang perlu dibereskan ketika anda menelefon atau datang berjumpa dengannya. Jadi, mungkin kehadiran anda itu mungkin sedikit sebanyak akan menganggu masa kerja hariannya. Mungkin juga tempat pertemuan itu tidak sesuai.

Sebagai contoh, anda membuat temu janji di satu tempat. Tiba – tiba, berlaku hujan lebat, suasana tempat bising ataupun prospek anda tidak menyukai tempat tersebut. Jadi, anda perlu berperanan untuk bertanya kepada prospek anda mana – mana tempat yang paling disukainya dan selesa ketika membuat temu janji atau bertemu. Jangan pilih tempat yang anda suka. Pilih tempat yang prospek anda suka. Apabila anda memberikan peluang kepada prospek menentukan masa dan tempat, dengan sendirinya anda memberikan satu masa yang sesuai dan masa yang lapang kepada prospek. Mereka tidak berada dalam keadaan tertekan dan dapatlah anda closing case atau menutup jualan.

Pastikan juga anda membuat temu janji di luar dari kawasan rumah prospek. Jika anda membuat temu janji di rumah prospek. Jika dalam rumah, daya tumpuan prospek menjadi kurang. Ini adalah kerana, kemungkinan prospek ada ramai anak dan suasana rumah menjadi bising. Ataupun prospek sedang menonton televisyen (mungkin dia kaki menonoton), sudah pastinya dia tidak dapat memberi tumpuan terhadap apa yang anda perkatakan nanti.

Tetapi jika, prospek tetap memilih kawasan rumah untuk bertemu dengan anda, jangan mendesaknya. Beri ruang kepada prospek supaya dia tidak tertekan. Mungkin dia ada sebab untuk memilih keadaan sebegitu terutama bagi wanita yang sudah berkeluarga dan sudah mempunyai anak kecil. Tentu sukar bagi dia untuk meninggalnya atau membawa ke mana – mana.
Bersambung...
posted by editor @ 10:38 AM  
5 Langkah Penajaan yang baik - Siri 5
Monday, September 25, 2006
...sambungan

Apakah sistem sokongan yang bakal anda berikan kepada prospek?
Di akhir persembahan penajaan anda, tunjukan kepada downline apakah sokongan yang bakal anda berikan kepadanya. Nyatakan yang anda akan menolongnya bagi sama - sama mencapai kejayaan. Biar prospek tahu dia telah menyertai pasukan yang hebat dan gemilang. Tunjukan padanya semua program latihan, mesyuarat, kursus dan alatan syarikat yang bakal digunakan bagi melatihnya.

Beritahu kepadanya nama – nama upline yang hebat dan bersedia membantunya membina rangkaian dalam MLM. Inilah masanya untuk anda ‘menjual diri’ anda. Tidak kira sehebat mana dan sebesar mana syarikat MLM, apabila prospek tidak dapat melihat dan menilai diri anda yang boleh memberikan keuntungan, mereka tidak akan berminat langsung. Jadi, anda perlu ‘tekankan’ komitmen anda bagi kejayaannya. Mereka patut bermula sekarang.

Setiap penerangan yang berjaya perlu ada kelima – lima elemen tersebut. Anda perlu sentiasa menekankan faedah, pasti menarik minat prospek. Belajar dari masa ke masa bagi mempertingkatkan lagi mutu dan keupayaan penerangan anda bagi tujuan penajaan.
posted by editor @ 6:51 AM  
5 Langkah Penajaan yang baik - Siri 4
Sunday, September 24, 2006
...sambungan

Kenapa produk anda berkualiti?

Buat peneranagan tentang produk pada semua produk sepintas lalu dan ceritakan terperinci 2 produk yang anda senang dan sukai. Sudah tentu produk ini, anda gunakan dahulu sebelum memperkenalkannya kepada orang lain. Jangan ambil masa yang lama bagi sesi penerangan produk. Terangkan mutu produk, bahan – bahan yang digunakan, ciri – ciri, cara penggunaan dan faedah. Tekankan faedah kepada prospek. Contohnya, “Produk ini sangat unik dan eksklusif. Oleh itu, pelanggan boleh mendapatkannya daripada anda dan ianya menjadi sumber pendapatan kedua yang lumayan nanti”. Prospek sangat sukakan faedah yang bakal mereka dapatkan.

Sambungan...
posted by editor @ 8:00 AM  
5 Langkah Penajaan yang baik - Siri 3
Saturday, September 23, 2006
...sambungan

Kenapa harus sertai syarikat anda?

Anda juga perlu menerangkan kepada prospek kenapa mereka harus dan perlu sertai syarikat anda? Ada beratus – ratus syarikat MLM di luar sana. Prospek hendak tahu, apakah kelebihan dan kekuatan syarikat MLM yang anda tawarkan. Gunakan alatan visual syarikat anda, contohnya katalog, majalah, starter kit dan lain – lain lagi. Apabila ada modal lebih, gunakan komputer laptop. Alatan visual ini ialah salah satu pembantu ketika membuat penerangan tentang syarikat. Tekankan apakah kelebihan yang bakal mereka dapat. Contohnya kekayaan, kesihatan dan keselesaan.

Perkenalkan produk syarikat anda dan kelebihannya. Sekiranya ada testimonial, tunjukan kepada prospek sebagai bukti. Contohnya, testimonial seorang yang hampir di potong kakinya, akhirnya tidak jadi dipotong kerana mengamalkan pemakanan prospolis atau air liur lebah. Testimonial ini ialah alatan visual yang terbaik bagi membina kepercayaan dan keyakinan prospek.

Sambungan...
posted by editor @ 8:56 AM  
5 Langkah Penajaan yang baik - Siri 2
Friday, September 22, 2006
...sambungan

Kenapa perniagaan networking ini hebat?

Anda boleh berikan beberapa sebab kenapa perniagaan MLM ini hebat. Anda mampu menjual hingga ribuan produk sebulan. Apakah caranya sehingga ribuan produk boleh dijual? Jawabnya, bukan melalui jualan peribadi sampai jadi super salesman. Tetapi melalui kerjasama. Anda hanya perlu pakai ataupun jual produk 100 PV sahaja. Selebihnya, produk itu terjual melalui penajaan. Asal mulanya ialah dengan anda menaja 5 orang dan ianya berpontensi meningkat kepada lebih 5000 orang berdasarkan kepada penajaan anda dan downline anda. Ini dinamakan sebagai proses duplikasi.

Bersambung...
posted by editor @ 10:06 AM  
5 Langkah Penajaan yang baik - Siri 1
Thursday, September 21, 2006
Penajaan memerlukan seninya yang tersendiri. Saya berikan anda lima langkah penajaan yang baik. Sewaktu anda membuat penajaan atau jualan, lakukan lima langkah ini.

Apakah kelebihan yang bakal dinikmati oleh prospek?
Kenapa perniagaan network ini hebat?
Kenapa syarikat anda hebat?
Kenapa produk anda berkualiti?
Apakah sistem sokongan yang bakal anda berikan kepada prospek?

Apa kelebihan yang bakal dinikmati oleh prospek?
Langkah yang pertama, anda terangkan dan berikan maklumat kepada prospek tentang ‘Apakah kelebihan yang bakal mereka nikmati jika menyertai sebagai ahli perniagaan MLM anda’. Ini berdasarkan kepada latar belakang dan status mereka. Contohnya, bagi suri rumah tangga, mereka memerlukan perniagaan yang tidak memerlukan mereka meninggalkan rumah dan kebebasan masa bekerja. Manakala bagi ahli perniagaan pula, mereka bertumpu kepada keuntungan dan kebebasan kewangan yang bakal mereka miliki. Carikan dan fikirkan apakah kelebihan konsep perniagaan networking ini. Asalkan faedah / kelebihan ini bersesuaian dengan status dan latar belakang prospek. Berikut ialah antara 7 kelebihan menyertai MLM :

Potensi pendapatan yang tidak terhad
Berpeluang melancong ke luar dan dalam negeri / Melakukan haji atau umrah.
Kos perniagaan yang amat rendah / Tidak perlu menyewa tapak kedai.
Berpeluang memiliki kenderaan sendiri.
Berpeluang memiliki rumah percuma / sendiri
Berpeluang mempunyai kesihatan yang baik (Jual sambil guna sendiri).
Mempunyai ramai kawan (downline, rakan networking yang lain, prospek dsb)

Kebanyakan pengedar MLM, menjalankan perniagaan MLM berdasarkan impian dan cita – cita mereka. Mereka tidak melakukan perniagaan hanya bagi membina rangkaian. Walaupun mereka perlu menaja bagi membina rangkaian, mereka sebenarnya menjalankan perniagaan ini berdasarkan kepada impian. Contohnya impian memiliki rumah banglo yang besar ataupun impian melancong ke luar negara. Impian inilah yang mempengaruhi emosi prospek. Ingatkan impian mereka dari masa ke masa.

Katakan anda memberikan penerangan tentang pendapatan lumayan yang bakal mereka perolehi. Soal mereka, 7 perkara yang akan dilakukan jika mereka memperolehi pendapatan yang tinggi. Meosi mereka pasti bangkit, perasaan meluap – luap dan terbayang perkara yang bakal dilakukan apabila berjaya memperolehi pendapatan yang lumayan.

Namun begitu, jangan serang situasi prospek. Contohnya, prospek bekerja sebagai petani dan anda merendah – rendahkanpekerjaannya. Ini menyebabkan emosinya tibak baik. Prospek sedaya upaya akan mempertahankan pekerjaannya. Anda tidak dapat tajanya. Malahan, anda pula ditajainya pula nanti.

Apabila anda memuji diri dan pekerjaannya, emosi prospek pasti berada dalam keadaan yang positif. Sambil itu, anda terangkan kelebihan apabila dia bersama – sama anda menjalankan perniagaan berkonsepkan MLM. Dengan cara ini, prospek dapat memberikan kesimpulan sendiri, adakah situasi beliau sekarang sudah mencukupi ataupun memerlukan perubahan.

Anda tidak perlu serang perkara yang dilakukan tetapi cuma menunjukkan jalan / cara untuk mengubah cara kehidupan beliau. Belaiu sendiri yang akan membuat pilihan / kesimpulan. Seterusnya, tunjukkan pelan pemasaran (marketing plan) kepadanya. Pelan pemasaran seharusnya tidak terlalu terperinci tetapi cukup secara ringkas. Tetapi, sewaktu anda melakarkan pelan pemasaran, jangan lupa tulis perkataan ANDA. ANDA ini adalah pengati diri prospek. Anda menunjukkan kepadanya apakah yang bakal dia periolehi dan bukannya diri anda. Seterusnya lakarkan pula 4 bulatan dan kosongkan. Suruh dia tulis sendiri nama yang bakal dia taja.

Melalui lakaran diagram itu, tunjukkan pelan pemasaran secara ringkas dan berikan kepadanya informasi tentang faedah yang bakal dia kecapi. Jangan bercerita terlalu tinggi dan hebat arasnya. Anda hendaklah menajanya dan bukannya hendak mengajarnya. Taja dan cara cerita pelan pemasaran perlulah ringkas dan padat. Apabila sudah jadi downline, barulah cerita dengan panjang dan lebar.

Pelan pemasaran juga perlu mengikut aras downline anda. Sekiranya dia belum pernah buat MLM, jangan cerita potensi pendapatan sehingga ratusan ribu ringgit. Ini boleh memberikan gambaran pada diri prospek bahawa perkara itu tidak masuk akal walaupun pada hakikatnya boleh di capai. Cerita pendapatan lumayan mengikut arasnya. Apabila sudah menjadi downline anda, bawa dia ke stokis untuk mesyuarat dan menimba ilmu. Waktu itu diceritakan dengan terperinci pelan pemasaran.
Bersambung...
posted by editor @ 10:48 AM  
Persediaan Sebelum dan Sewaktu Menemui Prospek - Siri 5
Wednesday, September 20, 2006
...sambungan

Menjual dan menaja prospek

Sesudah membuat temu janji, tibalah masa anda bertemu dengan pelanggan ataupun prospek anda. Saya menasihatkan supaya anda bertemu dengan prospek di tempat lain selain daripada rumahnya. Rumah prospek tidak sesuai kerana mungkin dia tiada daya tumpuan. Lagipun dia berkuasa di dalam rumahnya. Sebolehnya – bolehnya, buat pertemuan di pusat pengedaran, restoran ataupun taman.

Pastikan tempat pertemuan anda itu selesa. Waktu yang paling sesuai ialah hari cuti, hujung minggu, masa lapang dan masa rehat. Anda juga perlulah prihatin / peka dengan suasana waktu semasa.

Pakailah pakaian yang selesa, bersih dan tidak menjolok mata. Apabila anda memakai pakaian yang menjolok mata, silap – silap nanti kita nak taja prospek, dia jeling kita di tempat sensitif. Pakailah bau-bauan (perfume) yang selesa dengan suasana dan keadaan. Pastikan pakaian anda melambangkan peribadi yang baik dan mantap. Sewaktu bertemu, bersembang menurut apa sahaja topik yang diminati oleh pelanggan atau prospek. Cuba selitkan pokok persoalan anda bertemu dengannya.

Jangan berprasangka buruk terhadap prospek. Jangan membuat spekulasi yang bukan – bukan terhadap prospek. Berfikir secara positif. Intonasi suara juga perlu diberikan perhatian. Pastikan anda tidak terlalu menggunakan penerangan yang sukar difahami. Cuba guna pendekatan KIS & D. KIS & D ialah Keep In Simple and Duplicatable yang bermaksud “Terang dengan ringkas dan senang supaya dapat di tiru oleh downline”.

Mudahkan setiap penerangan anda. Sediakan pen dan kertas sewaktu anda membuat penerangan. Coretkan pada kertas. Prospek akan merenung kertas tersebut. Ini akan membuka minda prospek dan besar kemungkinan prospek akan berminat.

Jangan duduk berdepan dengan prospek. Sebaiknya duduk di sebelah prospek (kalau sama jantina la...) sewaktu membuat penerangan, banyakkan sentuhan di bahu prospek. Tetapi jika berlainan jantian, jangan cuba hendak sentuh – sentuh. Nahas nanti. Sentuhan ini sebenarnya bagi mengelakkan prospek mengelamun, merenung ke arah lain dan tidak memberikan tumpuan.

Buat penerangan dengan lembut, mesra dan senyuman menawan. Apabia bermuka masam, orang akan jadi boring dengan anda dan tidak ada seorang pun yang mahu jadi tajaan anda. Dengan kata lain, pastikan diri anda ceria dan mesra selalu.
posted by editor @ 9:39 AM  
Persediaan Sebelum dan Sewaktu Menemui Prospek - Siri 4
Tuesday, September 19, 2006
...sambungan

Temu Janji dengan Prospek
Apabila anda mengumpulkan maklumat peribadi prospek, selepas itu, buat temu janji dengan prospek. Jangan beritahu dengan lengkap tujuan anda ingin bertemu dengannya. Apabila prospek tahu, pasti dia memberi banyak alasan yang konkrit supaya tidak bertemu dengan anda. Timbulkan suasana ingin tahu prospek dan dia tentu hendak bertemu dengan anda. Jangan mengajak bertemu tetapi berselindung seolah – olah ‘ada udang di sebalik batu’. Keikhlasan amat penting dan ianya lahir daripada riak wajah anda.

Anda juga boleh menelefon prospek dan buat temu janji. Jangan rasa takut untuk membuka mulut. Belajar daripada upline anda tentang cara – cara memulakan percakapan semasa bertemu dengan prospek. Berikut saya berikan 3 contoh untuk memulakan percakapan.

“Saya hendak bertemu dengan saudara kerana ada perkara penting yang hendak dibincangkan.”

“Saya ada satu rahsia yang penting dan ingin benar nak berkongsi dengan saudara.”

“Jika saudara hendak mengubah kualiti ekonomi anda, saya ada formulanya”

Sebenarnya, teknik memulakan percakapan semasa temu janji ada banyak cara dan fleksibel. Saya percaya, anda sudah tentu ada banyak idea yang lebih bernas dan berkualiti.

Bersambung...
posted by editor @ 9:11 AM  
Persediaan Sebelum dan Sewaktu Menemui Prospek - Siri 3
Monday, September 18, 2006
...sambungan

Maklumat Prospek
Anda juga perlu tahu maklumat tentang prospek. Ini bagi mengelakkan perjumpaan anda dengan prospek secara membuta tuli. Apabila berjumpa dengan prospek yang kaya, takkan anda hendak menerangkan pendapatan lumayan yang bakal mereka dapat. Begitu juga apabila berjumpa dengan prospek wanita, takkan anda hendak terangkan tentang barangan kaum lelaki. Sikit-sikit tu bolehlah.

Apabila prospek tidak berduit, anda boleh memberikan peluang kepadanya menjadi pengedar baranan atau dengan kata lain, downline anda. Apabila maklumat yang anda dapat itu mencukupi, bersedialah untuk menemui prospek anda. Dapatkan juga maklumat prospek yang seterusnya. Misalnya, anda ke rumah A, apabila selesai berjumpa dengannya, lakukan satu lagi tugas iaitu minta daripadanya alamat serta nombor telefon rakan-rakan yang dikenalinya. Ajak dia pergi bersama anda.

Bersambung...
posted by editor @ 9:00 AM  
Persediaan Sebelum dan Sewaktu Menemui Prospek - Siri 2
Sunday, September 17, 2006
...sambungan

Persediaan Produk
Apabila anda hendak menaja, adakah berkesan dengan hanya menggunakan katalog semata – mata? Apabila anda hanya menggunakan katalog, ianya kurang berkesan. Zaman ini adalah zaman perlumbaan produk. Jadi, apabila anda hanya menggunakan katalog sewaktu hendak bertemu dengan prospek, tidak mustahil anda gagal.

Lain pula halnya dengan orang yang berpengalaman. Mereka tidak perlukan produk. Hanya kebolehan komunikasi, mereka boleh menaja prospek. Bagi mencapai hingga ke tahap ini, ia memerlukan masa yang panjang dan pengalaman.

Apabila anda masih baru, baik sediakan produk. Pastikan produk yang disediakan itu, mampu di beli oleh prospek. Hafal setiap fungsi produk. Cuba dapatkan testimoni atau bukti kelebihan produk. Supaya ia tampak lebih berkesan lagi, bawalah produk yang anda selalu gunakan. Cara ini lebih berkesan. Bercerita melalui pengalaman lebih memberikan kesan dan kejayaan.
Bersambung...
posted by editor @ 9:30 AM  
Persediaan Sebelum dan Sewaktu Menemui Prospek - Siri 1
Saturday, September 16, 2006
Ilmu Pengetahuan
Dapatkan ilmu sebanyak yang mungkin. Ini termasuk ilmu penajaan, rpoduk, pengurusan dan ceramah. Apabila anda sudah memiliki ilmu pengetahuan yang mencukupi, anda dapat menggunakan setiap pengetahuan yang dimiliki. Pendek kata, apabila anda menemui prospek nanti, setiap soalan yang dikemukakan dapat dijawab dengan baik. Bahkan, anda boleh memberikan maklumat tambahan dan ini pasti memberikan kepuasan kepada prospek.

Dalam MLM, ilmu tidak pernah kurang dan habis. Ilmu sentiasa tercipta dan bersesuaian dengan keadaan semasa. Cuma, anda yang perlu mencari ilmu sepanjang masa. Jadikan mencari ilmu sepanjang hayat. Jika anda masih baru, sentiasa mengikut dan bersama upline. Duplikasi segala gerak kerja yang mereka lakukan. Perhatikan betul-betul dan praktikkan dengan segera.

Anda perlu cepat berdikari. Lebih cepat anda berdikari, lebih baik. Pelajari setiap pengalaman yang anda alami. Belajar daripada pengalaman merupakan ilmu yang tiada tolok bandingnya. Pelajari juga daripada pengalaman orang lain. Lebih – lebih lagi, mereka yang berjaya dalam MLM. Ingat! Ilmu boleh anda dapati daripada upline, mesyuarat, kursus, CD, buku dan pengalaman.
Bersambung...
posted by editor @ 8:47 AM  
Ciri - cir Bakal Tajaan yang Berkualiti - Siri 7
Friday, September 15, 2006
...sambungan

Kreatif
Manusia ini sungguh unik. Walaupun Tuhan menciptakan manusia dengan elbagai rupa paras, Tuhan juga memberi manusia otak yang cerdas dan kreatif (Creative Quotient). Apabila digabungkan, sudah pasti anda dan ahli kumpulan boleh melahirkan idea yang gila-hila dan hebat-hebat.
posted by editor @ 9:06 AM  
Ciri – ciri Bakal Tajaan yang Berkualiti - Siri 6
Thursday, September 14, 2006
...sambungan

Sukakan Pertandingan
Taja orang yang sukakan cabaran dan pertandingan. Biasanya, orang yang sukakan cabaran ini, memiliki daya tahan yang tinggi. Mereka dapat meningkatkan lagi kualiti dan kuantiti kerja mereka dari masa ke masa. Pertandingan ini ada baiknya. Melalui pertandingan, mereka dapat berlumba – lumba secara positif bagi meningkatkan prestasi diri.
Bersambung...
posted by editor @ 9:25 AM  
Ciri – ciri Bakal Tajaan yang Berkualiti - Siri 5
Wednesday, September 13, 2006
...sambungan

Boleh Mengajar
Bagi menggerakkan produk, anda harus ajar downline. Namun geitu, tiada gunanya jika tiada duplikasi. Mereka pula perlu ajar downline mereka sendiri. Ini adalah proses yang berlaku dalam perniagaan MLM tulen. Bakal tajaan yang boleh mengajar, dapat menurunkan segala pengetahuan mereka kepada orang lain. Mereka juga ada sifat – sifat kepimpinan yang baik. Perniagaan MLM akan maju apabila adanya proses belajar dan proses mengajar.

Bersambung...
posted by editor @ 9:55 AM  
Ciri – ciri Bakal Tajaan yang Berkualiti - Siri 4
Tuesday, September 12, 2006
...sambungan

Berminat belajar dan memajukan diri
Perniagaan MLM tidak memerlukan kepakaran dan pengalaman. Apa yang perlu ialah minta. Tidak perlu TAHU, yang perlu ialah MAHU. Apabila ada MAHU, maka TAHU akan datang dengan sendirinya.

Bakal tajaan atau prospek yang berminat belajar dan memajukan diri ini sudah pasti boleh meniti kejayaan. Untuk berjaya kita perlu belajar. Apabila ada kemahuan, di situ ada jalannya. Bakal tajaan anda yang gemar menimba ilmu akan menjadi pemimpin yang hebat pada masa hadapan.

Bersambung...
posted by editor @ 9:38 AM  
Ciri - ciri Bakal Tajaan yang Berkualiti - Siri 3
Monday, September 11, 2006
...sambungan

Bermatlamat dalam hidup
Bakal tajaan seperti ini bakal memajukan diri sendiri dan anda. Mereka ini hidup bermatlamat dan berfikiran besar. Biasanya, orang yang bermatlamat dan berfikiran besar ini bertindak mengikut matlamat dan fikirannya. Anda hanya perlu membimbing mereka menuju kejayaan. Matlamat yang di bina bersama – sama diperkuatkan lagi oleh usaha yang berterusan dan bersungguh – sungguh.
Bersambung...
posted by editor @ 8:55 AM  
Ciri – ciri Bakal Tajaan yang Berkualiti - Siri 2
Sunday, September 10, 2006
...sambungan

Nama tidak buruk
Bakal tajaan anda perlu terdiri daripada orang yang tidak buruk namanya. Apabila anda taja orang yang ada rekod buruk dan bermasalah, nescaya anda akan gagal. Namun begitu, tidak semstinya orang yang pernah melakukan kesalahan itu rekodnya sentiasa buruk. Anda harus peka dengan perkara ini. Saya tidak maksudkan anda tidak boleh taja bekas banduan ataupun penagih dadah.

Rekod buruk masa silam dapat dibersihkan dengan memulakan hidup baru dan sikap baru. Rekod buruk yang saya maksudkan ini ialah rekod buruk semasa. Takkan anda hendak menaja penagih dadah ataupun penjenayah. Jika mereka adalah bekas penagih atau bekas penjenayah yang ingin berubah menjadi baik, itu tidak ada masalah. Anda boleh bagi mereka peluang.
Bersambung...
posted by editor @ 9:55 AM  
Ciri – ciri Bakal Tajaan yang Berkualiti - Siri 1
Saturday, September 09, 2006
Semasa anda sedang menjalankan satu tugas yang agak penting dalam MLM ini iaitu menaja, pastikan anda melihat ciri – ciri penting bagi dijadikan sebagai panduan dalam menaja. Ciri – cirinya ialah :-

Suka bergaul dan bersosial
Pastikan bakal tajaan ini (bakal downline anda) adalah daripada jenis yang suka bergaul. MLM iaah perniagaan pergaulan. Produk syarikat dapat di ‘gerak’kan melalui pergaulan. Apabila tajaan anda jenis orang yang umpama kera sumbang, bagaimana perniagaan anda dapat berkembang? Bakal tajaan yang suka bergaul ini adalah umpama ikan bergerak. Iklan dari mulut ke mulut. Anda tidak semestinya perlu menaja ramai orang. Apa gunanya menaja ramai jika tidak berkualiti? Biar taja sedikit dahulu dan pastikan downline anda itu ber'kualiti'. Lama – kelamaan, akhirnya mnejadi ramai juga. Bakal tajaan yang suka bergaul ini, mempunyai banyak peluang dan kesempatan membina perniagaan mereka mengikut prinsip jaringan atau MLM.
Bersambung...
posted by editor @ 10:30 AM  
Ciri - ciri Orang berjaya dalam MLM - Siri 7
Friday, September 08, 2006
...sambungan
Sentiasa ingin berkongsi
Perniagaan networking ini memerlukan anda berkongsi daripada segala segi. Perkongsian yang pertama ialah berkongsi kebaikan produk. Kebaikan produk berdasarkan pengalaman menggunakan produk 100 peratus dan dapat merasai dan melihat dengan jelas kesan positif menggunakan produk tersebut. Contohnya, propolis atau enzim lebah memiliki berbagai-bagai kebaikan yang tersendiri. Sebagai pengedar, anda sentiasa bersedia berkongsi dengan orang lain kebaikan produk tersebut. Perkongsian ini memberikan kebaikan kepada orang lain. Pemakanan tambahan memang boleh menjadi penahan daripada pelbagai-bagai penyakit yang berbahaya.

Perkongsian yang kedua adalah berkongsi peluang menambahkan pendapatan yang lumayan. Anda tidak sabar-sabar ingin menaja dengan sepenuh jiwa untuk berkongsi peluang menambahkan pendapatan yang lumayan. Anda sudah pun rencam pelan pemasaran syarikat yang anda ingin menaja dan berkongsi penawaran syarikat melalui pelan pemasaran. Perkongsian perlu timbul melalui keingginan yang lahir daripada hati yang tulus ikhlas dan bukannya bermaksud mengenakan seseorang.

Perkongsian yang ketiga ialah berkongsi ilmu pengetahuan. Ilmu yang anda perolehi tanpa sembunyi – sembunyi, anda curahkan kepada downline anda dengan rasa ikhlas. Bahkan tanpa jemu – jemu anda mendidik downline anda dengan jujur dan sabar. Apabila ada kursus, anda hadiri dan pelajari serta menyampaikan pula kepada downline. Pendek kata, setiap apa yang anda dapat, anda kongsikan bersama-sama downline.

Perkongsian yang keempat ialah berkongsi tenaga bagi bekerja. Anda tanpa jemu ‘turun padang’ bergerak bersama – sama dengan downline – downline anda yang lain melakukan penajaan dan jualan. Selain dapat bergaul mesra dengan downline anda, anda juga dapat memberi keyakinan kepada downline anda bahawa anda seorang yang bertanggungjawab. Reputasi yang baik amat perlu dalam perniagaan terutama perniagaan MLM ini.
posted by editor @ 9:32 AM  
Ciri - ciri Orang Berjaya dalam MLM - Siri 6
Thursday, September 07, 2006
...sambungan
Rela Berkorban
Agama sentiasa mengajar manusia supaya rela berkorban demi kejayaan dan keutuhan agama. Tanpa pengorbanan ini adalah mustahil agama dapat disebarkan ke seluruh pelosok dunia. Bayangkan bagaimana agama Islam boleh sampai ke China, India, Nusantara dan Eropah? Tidak lain dan tidak bukan, ianya disebabkan oleh pengorbanan para pendakwah meninggalkan kampung halaman mereka dan belayar selama bertahun-tahun dengan satu tekad dan tujuan iaitu menyebarkan agama Islam.

Begitu juga dalam perniagaan MLM ini, apabila anda sudah pasti anda gagal. Hendak keluar rumah menaja, rasa malas. Hendak belajar melalui meeting rasa letih. Hendak servis downline rasa tiada masa. Sudah tentu sikap begini tidak memberikan sebarang hasil. Pengorbanan dalam MLM amat ringan jika dibandingkan pengorbanan dalam perniagaan ataupun menyampaikan agama Islam ke seluruh dunia.
Bersambung...
posted by editor @ 9:15 AM  
Ciri - ciri Orang Berjaya dalam MLM - Siri 5
Wednesday, September 06, 2006
...sambungan
Analisa Diri
Tuhan telah menganugerahkan kepada manusia kebolehan menganalisa dalam setiap perkara. Seorang penulis telah memperkenalkan kepada saya satu teknik analisa yang dinamakan SWOT.

S ini bermaksud Strength (Kelebihan dan kekuatan). Jadi, pertama sekali, cari dan kaji tentang kelebihan dan kekuatan diri anda. Setiap orang ada kelebihan dan kekuatannya yang tersendiri. Melalui kelebihan, anda dapat mempertingkatkan dan gunakan ia sewaktu anda menjalankan perniagaan MLM. Fokuskan kelebihan anda. Dengan cara ini, anda lebih berkeyakianan dalam melakukan perniagaan MLM. Apabila anda bekerjasama sesama ahli, sudah pasti anda dan ahli yang lain dapat menggunakan kelebihan masing-masing.

W pula bermaksud Weakness (Kelemahan). Anda perlu kaji dan betulkan kelemahan yangada pada diri anda. Jangan jadikan kelemahan anda sebagai alasan tidak dapat melakukan perniagaan MLM dengan baik. Kelemahan bukan bagi dikesali tetapi, kelemahan itu perlu di atasi. Katakan anda lemah dalam berceramah, anda boleh berpakat dengan upline bagi menyelia cara anda berceramah. Setiap kritikan yang membina, terima dengan ikhlas dan dengan hati yang terbuka.

O pula ialah Opportunity (peluang). Carilah peluang dalam perniagaan MLM ini. Peluang ini ada banyak maksud seperti peluang memilih syarikat, peluang belajar, peluang mendapat ramai kawan, peluang menjadi kaya, peluang menjadi pemimpin dan banyak lagi peluang-peluang yang ada.

T pula bermaksud Threat (ancaman). Elakkan perasaan takut anda terhadap ancaman (risiko) seperti ancaman kemiskinan, ancaman kegagalan, ancaman kesihatan, ancaman kemalasan serta pelbagai lagi ancaman yang cuba mengugat kestabilan kehidupan anda.
Bersambung...
posted by editor @ 9:30 AM  
Ciri - ciri Orang Berjaya dalam MLM - Siri 4
Tuesday, September 05, 2006
...sambungan
Memiliki Imaginasi yang luar biasa
Menurut Albert Einstein, “Imaginasi lebih penting daripada pengetahuan”. Setiap pekerjaan yang manusia hendak lakukan perlu domulai dengan imaginasi (berangan – angan). Inilah yang membezakan antara manusia dan binatang. Tanpa imaginasi, tindakan anda tidak hebat dan tidak boleh dianggap luar biasa.

Dalam MLM, ianya penuh dengan pancaroba dan onak. Namun begitu, imaginasi yang cemerlang dan luar biasa dapat mengatasi segala rintangan yang sedia ada. Imaginasi bukan angan-angan kosong. Tetapi imaginasi ialah angan-angan yang terarah pada satu matlamat berserta tindakan yang jitu. Setiap hari, setiap saat, imaginasikan diri anda berjaya dan rasailah kejayaan anda. Bayangkan anda berjaya, bercakap seolah-olah anda serang yang berjaya dan bertindak seolah-olah anda telah berjaya.

Pernahkah anda mendengar cerita tentang Napoleon Bonaparte? Beliau sentiasa berimaginasi bahawa beliau sebagai seorang tentera dan beberapa tahun selepas itu, beliau benar-benar menjadi seorang tentera.

Saya gemar memceritakan kepada anda tentang satu lagi cerita yang menarik iaitu tentang kisah Henry Ford. Henry Ford telah memperkenalkan motor V8 yang memiliki 8 silinder dalam satu blok. Henry berimaginasi dan mengeluarkan imaginasinya itu pada kertas. Boleh dikatakan semua jurutera menyangkal imaginasinya dan menganggap imaginasi Henry Ford adalah mustahil. Henry Ford mengeluarkan satu kenyataan pendek, “Buat sahaja!”. Lebih setahun kemudian, Ford berjaya dan menjadi jutawan.

Sekarang saya hendak tanya anda semua, apakah kekuatan yang ada pada Henry Ford sehingga beliau berjaya membuat sesuatu yang mustahil menjadi kejayaan yang hebat? Jawabnya, kuasa imaginasi. Begitu juga dengan anda, biar seramai mana pun rakan ataupun musuh mengatakan kepada anda bahawa anda akan gagal dan msutahil berjaya, namun tiada satu pun yang boleh mempengaruhi imaginasi anda. Imaginasikan diri anda sudah pun menjadi jutawan dalam MLM. Saya suka ingatkan anda dengan dua perkataan sahaja iaitu “BUAT SAHAJA (DO IT)”.
Bersambung...
posted by editor @ 7:56 AM  
Ciri - ciri Orang Berjaya dalam MLM - Siri 3
Monday, September 04, 2006
...sambungan
Sentiasa bersedia
Orang yang berjaya ialah orang yang sentiasa bersedia daripada segi mental dan fizikal. Satu lagi aspek yang paling utama ialah daripada segi rohani. Mengapa rohani? Ini kerana apabila rohani kita baik, maka baiklah seluruh tubuh kita. Perniagaan MLM merupakan perniagaan pengurusan manusia. Apabila rohani tidak baik, jiwa tidak tenang, fizikal pula tidak kemas. Bagaimana orang hendak percaya pada kita? Tetapi, apabila anda sudah di percayai, senang bagi anda melakukan perniagaan ini.

Bersedia juga daripada segi mental. Dahulu aspek yang banyak diberikan penekanan ialah IQ atau tahap kecerdasan otak. Maksudnya apa sahaja pekerjaan, boleh menemui kejayaan apabila individu itu memiliki IQ yang tinggi. Kini kajian mendapati, IQ atau Intelligent Quotient hanyalah 20 peratus sahaja. Para pengkaji mendapati bahawa sekarang ni EQ atau Emotional Quotient (kecerdasan emosi) dan SQ atau Spiritual Quotient (kecerdasan spiritual / rohani) memainkan peranan yang lebih penting dalam kejayaan sesuatu bidang. Apabila EQ digabungkan dengan SQ, jadilah ESQ atau Emotional Spiritual Quotient. EQ melibatkan hubungan sesama manusia atau human relationship manakala SQ pula adalah hubungan antara manusia dengan Tuhan.

Mental anda perlu berfikir positif dan bersabar dengan segala rintangan yang bakal anda hadapi. Bersedia menerima ujian kegagalan, kesakitan dan kesedihan. Apabila anda lulus baru anda boleh menikmati kejayaan yang gilang – gemilang. Pandang setiap kesusahan dan kepayahan sebagai satu pengalaman yang manis dan ujian daripada tuhan. Dengan cara ini, emosi anda stabil dan rohani anda semakin meningkat. Keberkatan amat penting. Tuhan sentiasa bersama orang yang sabar.

Kaji dan lihat sejarah kejayaan orang-orang yang agung. Adakah kejayaan mereka itu dimulai tanpa sebarang masalah atau rintangan? Setiap perjuangan pasti akan melalui pelbagai onak dan duri terlebih dahulu sebelum berjaya. Kualiti diri akan meningkat apabila rintangan dan dugaan itu dapat diatasi. Kita tidak boleh mengelak daripada risiko tetapi kita boleh mengurus dan mengatasi risiko yang mendatang itu. Sebenarnya, risiko ini boleh di urus dan diselesaikan dengan jayanya. Dalam Al-Quran, ada diulang sebanyak 2 kali dalam surah al-Insyirah yang bermaksud, “Maka sesungguhnya, dalam kesukaran itu ada kemudahan. Sesungguhnya, dalam kesukaran itu ada kemudahan.”
Bersambung...
posted by editor @ 10:06 AM  
Ciri - ciri Orang berjaya dalam MLM - Siri 2
Sunday, September 03, 2006
...sambungan
Sentiasa mahu belajar
Kehidupan kita setiap hari adalah berpaksikan kepada pengalaman dan pencerapan alam sekitar. Bagi maju ke hadapan, kita perlu belajar. Belajar pula, banyak elemennya iaitu belajar daripada kesilapan, belajar daripada pengalaman, belajar daripada kursus, belajar daripada meeting, belajar daripada upline, belajar daripada buku-buku sama ada dalam dan luar negeri. Jangan rasa jemu belajar.
Apabila anda berilmu, sudah pasti anda dapat melakukan kerja dan menyelesaikan masalah dengan lebih baik dan tidak mustahil anda bernafaskan kejayaan sehingga ke puncak. Setiap kali anda melakukan kerja MLM ini, anda tidak boleh lari daripada kesilapan. Jadi, belajar daripada kesilapan dan betulkan dengan seberapa kali yang anda mampu.
Thomas Eva Edison belajar lebih daripada 100 ribu kali kesilapan dan akhirnya tercipta lampu mentol. Agak-agaknya, sudah berapa kalikah anda melakukan kesilapan/gagal? Jika setakat gagal menaja sampai 10 kali sahaja, itu baru sedikit sahaja. Mereka yang 'agung', sudah gagal berkali-kali dan akhirnya menemui petua dan formula cara mengatasi kegagalan tersebut. Menurut Vice Lombardi, "Percubaan yang agung adalah sesuatu yang mulia walaupun percubaan itu gagal."
Orang yang berjaya juga belajar daripada mesyuarat dan kursus. Mereka tidak akan ponteng di majlis ilmu tersebut. Di situ anda akan belajar daripada orang yang berjaya. Menimba ilmu bagaikan menajam mata pedang. Walaupun dalam seminar/kursus, anda dapat melihat penceramah jemputan bercerita benda yang sama sahaja. Tetapi, jika anda teliti dengan betul-betul, cara penyampaian mereka adalah berbeza. Bahkan, anda dapat pelbagai penemuan testimoni berdasarkan cerita pengalaman penceramah jemputan.
Bersambung...
posted by editor @ 8:56 PM  
Ciri - ciri Orang berjaya dalam MLM - Siri 1
Saturday, September 02, 2006
Berikut adalah ciri - ciri orang berjaya dalam perniagaan MLM.
SRP
S ialah sabar, R ialah rajin dan P ialah peramah. Memang untuk berjaya, anda perlu bersabar. Sabar ini pula ada pelbagai kategori iaitu, sabar ketika di hina, sabar walaupun tidak berjaya menaja dan menjual, sabar apabila dimarahi, sabar menunggu hari-hari kejayaan dn sabar menangani kerenah downline.
Rajin pula ialah rajin dalam menjalankan proses perniagaan MLM. Rajin buka mulut dan bercerita tentang MLM. Rajin mengurus downline dan memberikan ilmu kepada downline, rajin muncul ke hadapan menjadi penceramah barangan ataupun marketing plan. Rajin menimba ilmu dari masa ke semasa. Pendek kata, anda perlu rajin daripada segenap segi.
Peramah pula ialah anda perlu bersikap peramah dengan sesiapa sahaja. Dalam perniagaan MLM,no talk no money, berbanding daripada perniagaan biasa, no money, no talk. Jadi perniagaan yang dikatakan 70 peratus hubungan sesama manusia, sudah tentu perlukan anda bersikap peramah.
Kenal orang 5 minit macam 5 tahun. Berkenalan bukan dengan niat bagi mengena ataupun menaja semata-mata. Sebaliknya, dengan keikhlasan yang lahir dari hati melalui perwatakan. Apabila anda berpura-pura, air muka kepura-puraan anda dapat dilihat.
Bersambung...
posted by editor @ 8:48 AM  
Perlukah Anda Menjadi Super Salesman
Friday, September 01, 2006
Ini adalah kekeliruan yang banyak berlaku kepada pengedar MLM. Mereka tidak tahu membezakan antara salesman dengan pengedar MLM. Salesman perlu menjual seberapa banyak barangan mereka. Melalui jualan inilah, baru mereka mendapat komisen. Tetapi, ini amat berbeza sekali dengan pengedar MLM. Dalam MLM, anda tidak perlu menjual produk dengan banyak. Anda hanya perlu membina rangkaian perniagaan (network) melalui penajaan. Anda hanya perlu jual antara RM100 hingga RM300 sahaja. Jadi, mampukah anda menjual sehingga RM30 ribu?
Dalam perniagaan MLM ini, anda mampu menjual melebihi RM30 ribu tetapi bukan dengan cara menjadi super salesman. Anda hanya perlu membina rangkaian dan rangkaian anda juga membina rangkaian dia sendiri. Jadi, jika ahli (downline) daam network anda sudah terlalu banyak, tidak mustahil jualan anda mampu memncecah lebih RM30 dalam masa sebulan (atau sehari).
Jadi, tugas anda ialah selain menjual produk, fokuskan juga tumpuan anda untuk membina rangkaian (network) yang mantap. Apabila anda bekerja seorang, anda perlu menjual sampai RM30 ribu untuk mendapat bonus yang tinggi. Tetapi, jika anda sudah membina rangkaian (network), anda tidak perlu bekerja keras. Bayangkan anda sudah menaja 5 orang (downline dan 5 orang tajaan anda juga menaja downline di bawah mereka sehingga ahli dalam network anda sahaja mencecah 3000 orang. Sekiranya setiap ahli dalam network anda membeli produk berharga RM10 untuk kegunaan sendiri atau dijual, network anda sudah membuat pembelian sebanyak RM30 ribu ringgit. Jadi, tidak mustahil bonus jualan anda dalam bulan itu akan meningkat banyaknya. Fikir-fikirkanlah...
posted by editor @ 5:33 PM  
Previous Post
Archives
Links
Sponsor by

Free Blogger Templates

BLOGGER

Trafik Pelawat

© 2005 Rahsia Niaga.Com Template by Isnaini Dot Com