Rahsia Niaga.Com

Blog Rahsia Niaga adalah rangkaian blog bagi RahsiaNiaga.Com. Blog ini memapar kaedah, rahsia, petua dan tip untuk berniaga secara online dan offline agar kita tidak mensia-siakan masa hidup kita ke arah yang tidak sihat. Semoga apa yang terkandung dalam blog ini memberi syafaat kepada kita semua tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit.

 
New Ads
Produk Terhangat !
Rakan Cyber

Mai la...KLIK SAYA!

Other things
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus.
Other things
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus.
Alasan yang Bakal Anda Terima - Alasan 6
Sunday, October 15, 2006
...sambungan

Kaji dahulu
Prospek juga boleh menggunakan alasan hendak kaji dahulu. Alasan ini boleh jadi, prospek hendak menolak secara baik dengan menggunakan perkataan yang bersopan. Terangkan kepadanya :

“Dalam konsep kejayaan menjalankan perniagaan MLM, perkara yang perlu dibuat ialah dengan masuk dan terus buat sambil mengkaji. Jika hendak kaji dulu, orang lain dah kaya dan kita masih mengkaji. Jika sudah terbukti syarikat kami sudah kukuh dan berupaya bertahan lama, tidak perlu mengkaji dengan lebih mendalam. Mengkaji sambil buat MLM dapat memberikan anda kelebihan untuk maju.”

Bersambung...
posted by editor @ 8:15 AM  
Alasan yang Bakal Anda Terima - Alasan 5
Saturday, October 14, 2006
...sambungan

Sudah berpuluh – puluh syarikat MLM yang disertai
Ini juga salah satu alasan yang diberikan oleh prospek. Mereka melalui pengalaman yang pahit sewaktu melakukan MLM. Terangkan kepadanya:

“Jika dikaji dan dibaca cerita sejarah insan yang agung, mereka sebelum menjadi juara atau berjaya dalam sesuatu bidang, sudah menempuh berbagai-bagai rintangan dan masalah. Mungkin syarikat lain bukan lagi rezeki anda, tetapi tidak mustahil syarikat saya menjadi rezeki anda. Siapa tahu.”

Bersambung...
posted by editor @ 10:34 AM  
Alasan yang Bakal Anda Terima - Alasan 4
Friday, October 13, 2006
...sambungan

Susah
Tidak kurang juga anda bakal bertemu dengan prospek yang berfikiran kecil. Mereka awal-awal lagi memberikan alasan susah melakukan perniagaan berasaskan MLM. Terangkan kepadanya :

“Anda tentu pernah melihat orang Cina makan nasi dengan menggunakan chopstik, kan? Cuba anda makan macam mereka. Boleh ataupun tidak? Susah bukan? Bandingkan dengan anak Cina yang baru berusia setahun, mereka juga belum mahir menggunakan chopstick. Tapi, jika dilakukan berkali – kali, akhirnya menjadi mudah. Begitu juga dengan MLM, apabila dilakukan berkali – kali akhirnya mudah.”
Bersambung...
posted by editor @ 9:41 AM  
Alasan yang Bakal Anda Terima - Alasan 3
Thursday, October 12, 2006
...sambungan

Syarikat Cina
Sentimen bangsa banyak diutarakan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab. Mereka cuba menghidupkan semangat kesukuan dan bangsa. Jadi, antara cara anda menolak sentimen ini ialah :

“Pernahkah anda melihat / mendengar hadis atau ayat Quran yang mengharamkan umat Islam ataupun Melayu berniaga dengan orang Cina ataupun bangsa lain? Nabi Muhammad S.A.W sendiri pernah menjalankan perniagaan bersama – sama dengan bangsa Yahudi dan kafir Quraisy. Berniaga dengan bangsa lain dapat meningkatkan lagi kuasa membeli dan memperlajari ilmu mereka. Adakah anda boleh berniaga dengan pelanggan yang terhad? Maksudnya, hanya di kalangan pembeli bangsa Melayu sahaja?”

Bersambung...
posted by editor @ 12:25 PM  
Alasan yang Bakal Anda Terima - Alasan 2
Wednesday, October 11, 2006
...sambungan

Sistem Piramid
Ada juga prospek yang menganggap MLM ini sama dengan sistem piramid iaitu mengkayakan orang atas dan orang bawah tidak boleh menandingi orang atas. Cara anda menolak sangkaan itu:

“MLM bukan sistem piramid. Jika sistem piramid, orang bawah atau downline tidak boleh memotong orang atas atau upline. Tidak mustahil jika anda baru sertai MLM tahun ini, anda sudah boleh memotong upline anda yang sudah lama menyertai MLM. Asalkan anda kuat berusaha, anda boleh memotong bonus upline.”

Bersambung
posted by editor @ 7:05 AM  
Alasan yang Bakal Anda Terima - Alasan 1
Tuesday, October 10, 2006
Berikut adalah beberapa alasan yang bakal anda terima

Tiada Masa
Tiada masa adalah alasan yang paling banyak digunakan oleh ramai prospek. Antara cara anda boleh menjawab alasan itu ialah :

“Dalam zaman ICT ini, kebanyakan orang tidak ada masa yang mencukupi. Namun begitu, tiada masa bukan alasan yang patut diberikan. Kita dibekalkan Tuhan 24 jam sehari. 8 jam untuk bekerja, 8 jam tidur dan 8 jam untuk berehat. Apa salahnya korbankan masa 8 jam rehat sekurang – kurangnya 2 jam sehari bagi menjalankan perniagaan MLM?”
Bersambung...
posted by editor @ 10:34 AM  
Teknik Menghadapi Penolakan - Siri 4
Monday, October 09, 2006
....sambungan

Teknik AIDA
Teknik ini dinamakan sebagai teknik AIDA. Teknik ini juga dapat anda gunakan sewaktu menaja. Teknik ini sangat berguna untuk prospek yang berfikiran positif. Anda sendiri boleh mengecam prospek yang berfikran positif. Berikut tekniknya :

Attention (Tarik Perhatian)
Tarik perhatian prospek dengan menceritakan kehebatan barang dan pelan pemasaran syarikat anda. Ajak mereka mengubah hidup dan ekonomi mereka. Untuk pelanggan, anda hanya sekadar cerita kehebatan barang syarikat anda tetapi jangan menipu. Ceritakan juga testimonial iaitu bukti keberkesanan produk yang anda tawarkan. Pastikan juga anda tidak terlalu taksub dengan barang ataupun syarikat yang anda naungi. Taksub membuatkan diri anda tidak disukai dan anda akan dijauhi.
Interest (Timbulkan minat)
Timbulkan minatnya dengan memberikan tawaran kepadanya. Sebagai contoh, anda hendak prospek anda membawa rakan – rakan bertemu dengan anda dan dia akan dapat barang percuma. Contohnya kopi ataupun apa-apa barang yang anda fikirkan perlu. Anda juga boleh menimbulkan minat dengan cara menawarkan hadiah cabutan bertuah kepada bakal prospek anda. Biasanya, tawaran ini sudah pasti menarik minat prospek. Anda juga boleh buat apa sahaja yang anda fikirkan perlu bagi menarik minta prospek anda. Ini bergantung kepada kreativiti anda.

Desire (Tambahkan Keinginan)
Bagi menambah keinginan menyertai anda, tunjukan gambar – gambar orang yang telah berjaya kepadanya dan ceritakan berapakah pendapatannya sebulan. Apabila pendapatan anda lumayan, cukup sekadar anda menunjukan slip pendapatan anda kepadanya.

Action (Taja)
Sebagai penutup, anda boleh menaja dengan meminta kad pengenalannya. Anda sendiri yang isikan borang keahlian. Selepas itu, berjabat tangan dengannya dan ucapkan selamat menyertai syarikat MLM anda.
posted by editor @ 11:05 AM  
Teknik Menghadapi Penolakan - Siri 3
Sunday, October 08, 2006
...sambungan

Teknik 5C

Teknik 5C ini juga banyak kali digunakan oleh para usahawan MLM. Ianya perlu melalui 5 proses iaitu :

  1. Clarify atau menjelaskan

    Mendengar dengan teliti penjelasan pelanggan atau prospek. Anda menjadi seorang pendengar yang baik. Jangan terus menjawab penjelasan mereka dengan spontan. Cukup sekadar anda menjadi pendengar yang baik. Namun begitu, berikan kesedaran kepada pelanggan atau prospek bahawa walaupun anda mendengar segala penolakan mereka, tidak semestinya anda bersetuju. Contohnya, pelanggan merungut, “Barang ini sangat mahal, saya tidak yakin ramai orang yang mampu membelinya.” Anda tidakperlu jawab lagi. Anda hanya perlu mendengar dengan teliti setiap kali luahan hati mereka.
  2. Confirm atau memastikan

    Anda boleh bertanya soalan bagi memastikan masalah yang dihadapi ataupun sebab – sebab penolakan. “Maksud anda, anda inginkan barang yang lebih murah dan mampu dibeli?” Pada waktu itu anda mendengar jawapan daripada pelanggan atau prospek. “Ya, saya mahukan barang yang lebih murah dan mampu saya beli. Bukannya barang mahal.”
  3. Convince atau meyakinkan

    Waktu ini sangat sesuai untuk anda memberikan penerangan bagi meyakinkan pelanggan atau prospek. Gunakan pengetahuan anda tentang produk, syarikat dan khidmat anda untuk pelanggan.

    “Memang ada barang kami yang pada pandangan pelanggan adalah mahal. Cuba bayangkan jika kita sakit, kos perubatan mahal, sanggupkah anda bayar? Jika sanggup, ini bermakna, anda mementingkan kesihatan dan bukannya kewangan. Barang kami sama mutunya dengan syarikat lain. Cuma, isipadunya sahaja yang lebih. Barang ini menjadi ‘favourite’ setiap pelanggan. Kebanyakan pelanggan kami terdiri daripada golongan kelas sederhana iaitu seperti anda. Daripada testimonial, ramai yang berjaya disembuhkan daripada penyakit yang kronik. Ini gambarnya.”

  4. Confirm again atau pengesahan sekali lagi

    Selepas anda memberikan penerangan dengan panjang lebar, kini anda perlu memastikan pelanggan bersetuju dengan pendapat anda. “Selepas anda mendengar penjelasan tadi, adakah anda faham kelebihan produk syarikat kami?” Pelanggan akan memberikan tanda setuju bahawa dia sudah pun faham segala penerangan anda sebentar tadi.

  5. Closing atau persetujuan

    Waktu ini anda boleh meminta pesanan. Pastikan anda beri banyak pesanan dulu. “Saudara hendak 2 botol ataupun satu botol?” Pelanggan akan membeli barangan yang anda tawarkan itu. Jika mereka tidak mahu membeli mungkin mereka tengah pokai. Buat janji temu anda pada hari lain.

Bersambung..
posted by editor @ 10:46 AM  
Teknik Menghadapi Penolakan - Siri 2
Saturday, October 07, 2006
...sambungan

Teknik Motivasi
Teknik ini lebih tertumpu kepada prospek yang hendak anda taja. Mereka memberikan alasan bahawa mereka sudah berpuluh kali masuk MLM tetapi gagal. Anda nyatakan begini :

“Betul, anda sudah banyak kali masuk MLM. Tahukah anda, ramai jutawan MLM asal mulanya terdiri daripada seorang banyak kali masuk MLM. Saadah Badarus contohnya, sebelum menemui Revell, sudah 13 kali beliay gagal dalam perniagaan MLM. Kegagalan bukan bermakna anda yang gagal, tetapi hanya usaha anda sahaja yang gagal. Mari kita membina azam yang baru untuk kejayaan masa hadapan.”

Sebenarnya, banyak perkara motivasi yang dapat anda berikan kepada prospek dan pelanggan. Ianya bergantung pada keadaan dan masalah yang mereka hadapi. Cuba alihkan pemikiran negatif mereka kepada pemikiran positif. Cuba buka minda mereka.

Bersambung...
posted by editor @ 10:15 AM  
Teknik Menghadapi Penolakan - Siri 1
Friday, October 06, 2006
Perseimbangan
Teknik perseimbangan ialah teknik anda menerangkan kelebihan daripada sudut yang tidak diketahui oleh pelanggan atau prospek. Contohnya, jika pelanggan berleter kerana barang tu sangat mahal, anda katakan, “Betul, barang ini memang mahal, dan ianya menjimatkan.” Selepas anda mengatakan barang itu menjimatkan, pelanggan tentu ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang penjimatan yang anda nyatakan.

“Barang ini jimat kerana berkualiti. Bahkan barang ini tahan lama. Apabila dikira dalam jangka masa panjang, sudah tentu barang ini boleh menjimatkan. Apabila anda menjadi pengedar dan memperkenalkan barang ini, anda dapat bonus dan secara tidak langsung, anda sudah dapat barang secara percuma.”

Teknik perseimbangan sangat berkesan bagi menukarkan persepsi para pengguna atau prospek tentang syarikat barang yang anda edarkan.
Bersambung...
posted by editor @ 9:03 AM  
Sebab - sebab Penolakan - Siri 10
Thursday, October 05, 2006
...sambungan

Pelanggan / Prospek yang ego
Tidak kurang juga ada juga kerana sebab berlakunya kes penolakan oleh prospek / pelanggan ini adalah kerana keegoan pelanggan dan prospek itu sendiri. Bagi pelanggan, mereka berasa barangan yang anda tawarkan itu tidak berkualiti dan tidak berjenama. Mereka ini mungkin orang berada. Sudah tentu mereka akan hanya membeli barangan dari negara lain sahaja. Jangan lekas marah dan kecewa. Biarkan pelanggan ini dengan egonya. Berikan penerangan tentang faedah beliau membeli barangan anda. Beritahu kepadanya tentang kauliti yang terjamin dan sentiasa ada research dan development.

Apabila pelanggan masih menunjukan egonya, cari pelanggan lain. Satu pintu tutup, pintu lain masih terbuka untuk anda. Pernahkah anda mendengar cerita tentang Kolonel Sanders iaitu pengasas Kentucky Fried Chicken? Sebelum beliau berjaya menjadi jutawan, beliau pernah mengetuk rumah pelanggan lebih daripada 1000 kali. Namun tiada seorang pun yang berminat. Tetapi berkat dari kesabaran beliau, beliau akhirnya berjaya membuka restoren ayam goreng yang sehingga kini, menguasai pasaran antarabangsa.

Beliau juga dengan prospek yang hendak anda taja ini, mereka sudah pastinya memberikan pelbagai alasan bahawa mereka sudah selesa dengan kehidupan yang sedia ada. Pendapatan mereka sudah terjamin dan tidak memerlukan lagi pendapatan tambahan. Ada yang pedih lagi jika ada yang menjawab, “Buat apa tamak duit, ini dunia belaka.” Tetapi, anda jangan lekas mudah jauh hati dan makan hati dengan orang seperti mereka itu. Zaman ini adalah zaman di mana semua produk sama ada produk harian sehinggalah produk kesihatan dan kecantikan terjual melalui MLM. Sekarang bukan lagi zaman tahun 70-an di mana ketika perniagaan MLM di anggap satu perkara dan perniagaan yang baru yang pelik dan memelikkan.
posted by editor @ 12:51 PM  
Sebab - sebab Penolakan - Siri 9
Wednesday, October 04, 2006
...sambungan

Pelanggan / prospek pernah gagal / ditipu
Ada pelanggan yang pernah ditipu oleh jurujual yang palsu. Mereka menganggap semua usahawan MLM juga penipu. Ini adalah satu kekeliruan yang besar. Mereka tidak tahu membezakan antara jurujual biasa dengan usahawan MLM. Pernahkah anda mendengar cerita tentangJurujual menggunakan teknik menipu dengan cara gores dan menang? Jadi, pelanggan menganggap kebanyakan usahawan MLM juga begitu.

Begitu juga dengan bakal prospek. Mereka pernah menjalankan kerjaya usahawan MLM syarikat lain dan akhirnya menemui kegagalan kerana kurangnya perhatian upline ataupun syarikat ini ditutup. Ada juga syarikat yang menjalankan konsep skim cepat kaya dan bersembunyi di sebalik perniagaan MLM. Ramai yang pernah menjadi mangsa penipuan ala putar alam ini. Akhirnya pembeli merasa serik untuk mempercayai penjual. Jadi, anda bertanggungjawab memberikan keyakinan kepada mereka semula. Berikan penerangan tentang perbezaan antara MLM dengan lain – lain skim dan syarikat. Anggaplah pelanggan dan prospek itu tidak tahu apa – apa.
Bersambung...
posted by editor @ 7:38 AM  
Sebab - sebab Penolakan - Siri 8
Tuesday, October 03, 2006
...sambungan

Membantah pendapat pelanggan
Rata – rata usahawan MLM kurang pengetahuan dalam komunikasi. Misalnya sewaktu hendak membantah hendak membantah pendapat negatif pelanggan dan prospek, mereka gemar menggunakan perkataan ‘tetapi’. Seperti yang anda sudah sedia maklum, pelanggan adalah raja dan pelanggan sentiasa betul (customer is always right)

Pelanggan tidak suka dibantah. Anda perlu bersetuju pendapatnya terlebih dahulu dengan berkata “Ya! Benar... dan sudahkah anda pertimbangkan kelebihan produk kami?” Cuba anda perhatikan para doktor, apabila mereka gagal mengubati pesakit atau pesakit yang sudah tiada harapan hidup, adakah mereka akan berkata “Anda sudah tidak boleh diselamatkan lagi?” Sudah tentunya TIDAK. Mereka selalu menggunakan cara berkomunikasi yang lebih positif walaupun berada dalam keadaan yang negatif. Contohnya “Jangan bimbang, kami akan melakukan yang terbaik.”

Pasti anda dapat mengagak apakah perasaan ahli keluarga si pesakit. Walaupun mereka berada dalam keadaan yang sedih, sekurang – kurangnya kenyataan doktor itu menjadi penawar hati yang luka. Begitu juga dengan usahawan MLM. Anda perlu menggunakan bahasa yang mesra dan lembut walaupun kenyataan anda di bantah oleh prospek atau pelanggan. Ingat ! Pelanggan sentiasa betul...

Bersambung...
posted by editor @ 10:49 AM  
Sebab - sebab Penolakan - Siri 7
Monday, October 02, 2006
...sambungan

Pelanggan yang agresif
Para pelanggan ada pelbagai watak, perangai dan sikap. Ada yang hanya mendiamkan diri sambil mendengar penerangan anda, ada yang suka bertanya dengan pelbagai soalan, ada juga yang terlalu agresif dan ada juga yang terus bersetuju tanpa perlu diberi penerangan secara mendalam. Bagi pelanggan yang agresif, mereka ini adalah pelanggan anda yang ingin menguasai perbualan ketika berbual dengan anda. Selalunya pelanggan ini mahu memberikan pendapat yang negatif dan cuba untuk menamatkan kempen anda dengan segera. Apabila ada orang lain di sampingnya, pasti mereka ini akan memberikan sokongan dan tumpuan pada orang itu dan terus meninggalkan anda keseorangan. Anda seharusnya yang bertanggungjawab bagi memastikan diri anda supaya tidak dikuasai olehnya.

Walaupun anda perlu memastikan, anda menguasai perbualan, tidak semestinya anda sentiasa perlu menang. Anda perlu memberi peluang dan ruang kepada pelanggan anda untuk memberikan pendapat mereka sambil memperbetulkan tanggapan mereka tanpa perlu menyanggah (bersuara dengan kuat) mereka. Selalu berpegang kepada konsep situasi menang – menang (win – win situation) di mana pelanggan menang dan anda pun menang. Barulah anda boleh menarik minta mereka untuk membeli atau ditaja.
Bersambung...
posted by editor @ 8:10 AM  
Sebab - sebab Penolakan - Siri 6
Sunday, October 01, 2006
...sambungan

Kurang Pengetahuan Tentang Produk
Ada juga pelanggan yang pernah menggunakan prduk tetapi malangnya, tidak diberitahu dengan mendalam tentang tindak balas awal produk tersebut. Produk yang bermutu tentunya ada tindak balasnya bagi membentuk, menyelaras dan membina semula sel – sel dalam tubuh badan kita serta menyingkirkan bahan – bahan toksin dan toksid dari dalam tubuh. Memang selalu pada mulanya ada beberapa tindak balas yang awal. Tetapi, tindak balas itu hanya sementara sahaja. Jika tidak diberitahu, pasti pelanggan tidak berminat hendak membeli lagi dan terus menggunakan produk tersebut malahan mungkin pelanggan itu akan menuduh bahawa anda seorang adalah seorang penipu besar. Jadi, penerangan yang panjang lebar dan tindakan susulan sesudah jualan amat penting.

Apabila pelanggan bertanyakan apa – apa soalan berkenaan produk, pastikan anda dapat menghafal, rencam dan mahir berpengatahuan untuk menerangkan tentang produk tersebut. Pengetahuan yang perlu anda ada tidak semestinya berpandukan pada nota yang tertulis pada kotak dan brosur katalog produk itu sahaja. Pengetahuan mengenai produk seharusnya merangkumi pengalaman, testimonial dan curahan ilmu melalui berita di laman web dan surat, pengumuman, seminar,mesyuarat atau kelas daripada syarikat MLM anda. Dengan cara ini, setiap pertanyaan dari pelbagai jenis prospek akan dapat anda jawab dengan yakin. Jangan ponteng kelas dan mesyuarat yang diadakan oleh syarikat MLM anda. Jika anda tidak tahu, selalu bertanya kepada upline anda atau pihak pengurusan syarikat MLM anda atau ejen- ejen stokis syarikat MLM anda yang berdekatan dengan kawasan anda (jika ada).
posted by editor @ 9:07 AM  
Previous Post
Archives
Links
Sponsor by

Free Blogger Templates

BLOGGER

Trafik Pelawat

© 2005 Rahsia Niaga.Com Template by Isnaini Dot Com