Rahsia Niaga.Com

Blog Rahsia Niaga adalah rangkaian blog bagi RahsiaNiaga.Com. Blog ini memapar kaedah, rahsia, petua dan tip untuk berniaga secara online dan offline agar kita tidak mensia-siakan masa hidup kita ke arah yang tidak sihat. Semoga apa yang terkandung dalam blog ini memberi syafaat kepada kita semua tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit.

 
New Ads
Produk Terhangat !
Rakan Cyber

Mai la...KLIK SAYA!

Other things
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus.
Other things
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus.
Home Party - Kebaikan 4
Wednesday, January 31, 2007
...sambungan

Anda dapat menjimatkan masa

Anda tidak perlu menjaja dari rumah ke rumah ataupun menaja dari rumah ke rumah. Berpusat kepada satu rumah sudah mencukupi. Satu rumah dan boleh memuatkan 10 hingga 20 orang.

Bersambung...

Labels: ,

posted by editor @ 10:03 AM  
Home Party - Kebaikan 3
Tuesday, January 30, 2007
...sambungan

Anda menjadi guru kepada downline

Mereka boleh melihat anda mempromosi barang dan memberikan penerangan tentang rancangan pemasaran. Ini kerana, mereka akan duplikasi daripada anda suatu hari nanti.

Bersambung...
posted by editor @ 3:47 PM  
Home Party - Kebaikan 2
Sunday, January 28, 2007
...sambungan

Anda boleh menaja ahli baru

Apabila mereka tertarik dengan kelebihan produk syarikat anda dan rancangan plan pemasaran, pelawa mereka menjadi ahli. Nyatakan kepadanya kelebihan diskaun membeli barang apabila menjadi ahli dan bonus yang diperolehi apabia menaja ahli lain dan menjual produk.


Bersambung...

Labels:

posted by editor @ 8:50 AM  
Home Party - Kebaikan 1
Thursday, January 25, 2007
Apa itu home party? Home party adalah aktiviti menjalankan perniagaan MLM menggunakan rumah prospek atau downline secara berkumpulan. Home party ada banyak kelebihannya yang tersendiri. Saya berikan kepada anda 7 kebaikan aktiviti home party iaitu :-

Anda dapat memperkenalkan barangan syarikat secara berkumpulan

Produk yang anda bawa itu diterangkan secara mendalam kelebihan dan kebaikannya. Selain itu, anda dapat bekerja secara berkumpulan. Ini mewujudkan kemantapan dalam melakukan home party. Apabila bekerja dalam kumpulan, sudah pastinya setiap kelemahan dapat diatasi. Anda dapat berkongsi produk. Dengan kata lain, tidak perlu susah – susah bawa banyak produk. Melalui home party, anda boleh berkongsi produk dengan orang lain. Berkongsi produk bermakna berkongsi kemahiran.

Bersambung...

Labels: ,

posted by editor @ 10:09 AM  
Power Closing - Teknik 8
Wednesday, January 24, 2007

...sambungan

Teknik 8

Anda : Adakah saudara beli kereta dan rumah secara tunai ataupun hutang?

Prospek : Hutang.

Anda : Di manakah geran rumah dan kereta?

Prospek : Ada pada bank .... sebab saya pinjam daripada bank.

Anda : Jika apa – apa berlaku kepada saudara, adakah saudara boleh memastikan isteri dan anak saudara dapat geran tersebut?

Prospek : Saya rasa tidak boleh.

Anda : Saya ada rahsia bagaimana saudara boleh memiliki kereta, rumah dan kewangan yang kukuh serta geran ada pada saudara.

Prospek : Apakah rahsianya?

Anda : Beli barang di syarikat jualan langsung X, kemudian cerita pada orang lain supaya mereka boleh lakukan seperti yang anda lakukan.

Labels:

posted by editor @ 8:54 AM  
Power Closing - Teknik 7
Tuesday, January 23, 2007
...sambungan

Teknik 7

Anda : Saudara, jika saudara ditimpa kemalangan sehingga lumpuh dan memerlukan belanja perubatan sehingga RM60 ribu, kepada siapakah anda hendak minta tolong?

Prospek : Saya ada simpanan RM20 ribu.

Anda : Masih tidak cukup. Cuba saudara namakan ahli keluarga, rakan dan institusi kewangan mana yang mampu berikan saudara baki lagi RM40 ribu lagi?

Prospek : Saya rasa tiada.

Anda : Saya ada teman yang boleh tolong saudara bila – bila masa sahaja.

Prospek : Siapa?

Anda : Syarikat MLM X (syarikat MLM anda).

Bersambung...

Labels:

posted by editor @ 10:16 AM  
Power Closing - Teknik 6
Monday, January 22, 2007
...sambungan

Teknik 6

Anda : Saudara, adakah saudara menyimpan tayar ganti dalam but kereta saudara?

Prospek : Ya, tayar ganti sentiasa ada dalam but kereta saya.

Anda : Kenapa saudara membawa tayar ganti?

Prospek : Sebagai persediaan apabila tayar kereta saya bocor.

Anda : Bagaimana dengan pendapatan saudara? Apabila bocor, hendak ganti dengan apa? Saya ada rahsia bagaimana menggantikan pendapatan saudara yang bocor.

Prospek : Apakah rahsianya?

Anda : Saudara hanya perlu beli barangan kering seperti sabun, syampu, bedak, minyak wangi, makanan kesihatan di stokis syarikat saya dan perkenalkan kepada orang lain.

Bersambung...

Labels:

posted by editor @ 8:47 AM  
Power Closing - Teknik 5
Sunday, January 21, 2007
...sambungan

Teknik 5

Anda : Berapakah gaji saudara sekarang?
Prospek : Gaji saya sekarang RM2000.
Anda : Apabila saudara bersara, berapakah pendapatan saudara?
Prospek : Lebih Kurang RM1000.
Anda : Selepas bersara, saudara sudah kehilangan separuh daripada pendapatan saudara. Padahal, waktu umur emas itulah saudara memerlukan banyak duit. Contohnya seperti belanja perubatan, menunaikan haji dan lain - lain keperluan. Saya ada satu rahsia bagaimana saudara boleh mengekalkan pendapatan saudara walaupun sudah bersara. Malahan melebihi daripada gaji saudara setiap bulan.
Prospek : Apakah rahsia itu?
Anda : Rahsianya ialah saudara tukar supermarket. Supermarket yang saya maksudkan ialah stokist syarikat saya.

Bersambung...

Labels:

posted by editor @ 7:57 AM  
Power Closing - Teknik 4
Saturday, January 20, 2007

...sambungan

Teknik 4

Anda : Berapakah kenaikan gaji saudara setiap tahun?

Prospek : Lebih kurang RM80 setiap tahun.

Anda : Berapakah gaji saudara sekarang?

Prospek : RM2400 sahaja.

Anda : Saya ada satu rahsia saudara boleh meningkatkan pendapatan tetapi bukanlah RM80 setiap tahun. Ianya melebihi RM100 setiap hari.

Prospek : Apakah rahsianya?

Anda : Saudari ceburi bidang MLM. Saya akan pastikan saudara dan saya boleh berjaya.

Bersambung...

posted by editor @ 7:59 AM  
Power Closing - Teknik 3
Friday, January 19, 2007

...sambungan

Teknik 3

Anda : Apabila saudara meninggal dunia, ramai yang datang menuntut bayaran daripada waris anda. Contohnya, bank, institusi kewangan, Courts Mammoth, rakan dan lain – lain lagi. Syarikat MLM X pula akan ke rumah saudara membawa cek pendapatan saudara berbentuk royalti dan diberikan pula kepada isteri dan anak saudara sebagai pewaris.

Prospek : Hebat bunyinya. Apakah cara yang boleh saya buat bagi menceburinya?

Anda : Senang sahaja. Saudara belanjakan 10 peratus daripada pendapatan saudara bagi membeli barang keperluan sekunder. Kemudian perkenalkan kepada orang lain melalui penajaan. Apabila dilakukan dengan betul dan berterusan, anda tidak perlu risau. Ini kerana sekiranya sesuatu yang buruk berlaku kepada saudara, syarikat kami akan datang bawa cek biar pun orang lain datang ke rumah anda meminta bayaran.

Bersambung...

posted by editor @ 7:48 AM  
Power Closing - Teknik 2
Thursday, January 18, 2007

...sambungan

Teknik 2

Anda : Saudara, tahukah saudara semua manusia mempunyai matlamat kewangan tertentu bagi keluarga mereka sekiranya mereka tiada lagi?

Prospek : Apakah matlamat itu?

Anda : Matlamat itu ialah majlis pengkebumian yang sempurna, pendapatan berterusan bagi keluarga mereka dan rumah tanpa hutang.

Prospek : Bolehkah matlamat itu dicapai?

Anda : Boleh, dengan cara anda tukar cara belian saudara. Sekiranya selama ini saudara beli di kedai biasa, kini, tukarkan ke stokis syarikat kami. Kemudian perkenalkan kepada orang lain melalui penajaan. Dalam jangka masa panjang, apabila dilakukan dengan konsisten, saudara akan mendapat bonus yang berterusan sehingga boleh diwarisi, tabung kereta percuma, tabung rumah percuma, menunaikan umrah dan melancong dalam dan luar negara.

Bersambung...

Labels:

posted by editor @ 8:34 AM  
Power Closing - Teknik 1
Wednesday, January 17, 2007

Dalam istilah MLM, apabila anda hendak mengakhiri perjumpaan dengan menaja, anda perlu close case dulu. Close case bermaksud penutup perniagaan. Jadi, sebagai penutup, anda semestinya memerlukan teknik penutup yang hebat atau power closing. Berikutnya saya berikan beberapa teknik power closing.

Teknik 1

Anda : Saudara, apakah pekerjaan saudara?

Prospek : Saya seorang guru.

Anda : Baiklah, kalau saudara meninggal dunia, adakah pendapatan ribuan ringgit saudara ini boleh disambung oleh isteri anda?

Prospek : Sudah tentu tidak boleh.

Anda : Jika begitu, apa kata saudara keluarkan hanya 10 peratus daripada pendapatan saudara dengan membeli barang yang tidak dijual di kedai biasa. Kedai yang saya maksudkan ialah stokis barang MLM syarikat X (nama syarikat MLM anda). Kemudian, perkenalkan kepada orang lain melalui penajaan. Dalam jangka masa yang singkat, saudara boleh menjana pendapatan 10 kali melebihi gaji saudara dan jika saudara meninggal dunia, pendapatan saudara itu akan dipindahkan kepada isteri saudara pula.


Bersambung...

Labels: , , , , , , , ,

posted by editor @ 8:11 AM  
Cermin
Tuesday, January 16, 2007

Antara anda dengan prospek, jadilah seperti cermin. Tengok cara mereka duduk. Anda duduk seperti mereka. Duduk di sebelah mereka ataupun duduk secara berdepan. Lihat kecenderungan prospek. Adakah mereka cenderung kepada penglihatan, pendengaran, rasa dan fikir? Apabila mereka berkata, “Saya lihat”, itu menunjukan mereka lebih dominan kepada visual. Apabila mereka berkata, “Saya dengar”, itu menunjukan mereka lebih dominan pada pendengaran. Apabila mereka berkata, “Saya rasa”, menunjukan mereka lebih dominan pada emosi.

Apabila mereka berkata, “Saya fikir”, itu menunjukan mereka lebih dominan pada intelek. Jadi, anda boleh menguji mereka dengan menyoal berdasarkan kepada dominan mereka. Contohnya, jika mereka dominan kepada penglihatan, anda tanya, “Bolehkah anda melihat kepada apa yang saya tunjukan ini?”. Apabila mereka dominan kepada pendengaran, “Macam mana bunyinya tentang peluang ini?”, apabila dominan kepada emosi, “Apakah yang anda rasa tentang peluang yang saya tunjukan ini?”, apabila dominan kepada intelek, “Apakah yang anda fikirkan tentang peluang ini?”

posted by editor @ 9:55 AM  
Menaja Ala Helang
Monday, January 08, 2007
Tentu anda tertanya-tanya dengan apa yang dimaksudkan dengan menaja ala helang (Eagle Eye Sponsoring) ini? Jika kita analisa sifat dan kehidupan helang secara mendalam, kita akan dapati bahawa helang ini adalah seekor haiwan yang sangat agresif. Pandangan matanya sangat tajam dan mampu menembusi ke dalam laut walaupun sedang terbang di udara. Sebab itulah, ia boleh menangkap ikan, ular, tikus dan binatang kecil yang lain dengan cepat dan tepat. Jadi, cuba anda tiru cara helang ini. Cuba anda menganalisa 10 kali lebih cepat daripada orang lain. Anda akan melihat sesuatu peluang 10 kali lebih cepat daripada orang lain. Sebab itulah, orang yang melihat peluang, mereka akan bertindak dengan agresif dan lebih cepat bertindak daripada orang lain.

Anda juga seharus cekap dalam membuat keputusan. Helang merupakan seekor haiwan yang cepat membuat keputusan dan bertindak. Zaman sekarang, jangan asyik tunggu dan kaji. Terus ambil tindakan dengan cepat dan pantas. Helang juga adalah seekor haiwan yang dapat terbang di awan yang tinggi. Terbangnya melebihi burung - burung yang lain. Jadi, diri anda juga berupaya menjadi seperti helang iaitu berada di kemuncak kejayaan seperti helang di kemuncak awan.

Tajamkan penglihatan, pendengaran dan bertindak dengan pantas. Inilah konsep ala helang. Paruh helang yang tajam diibaratkan kebolehan anda bercakap dan berkomunikasi sesama manusia. Manakala kuku helang yang tajam menandakan cengkaman anda pada sesuatu tugas dan tanggungjawab. 'Cengkam' downline dan pelanggan. Jangan lepaskan mereka ke orang lain. Itulah sifat helang.

Helang sangat ditakuti oleh ular. Begitu juga dengan anada. Biarlah sebisa manapun penolakan dan kata - kata orang lain terhadap anda, namun, anda adalah helang. Anda ada paruh yang tajam dan kuku yang mencengkam.

Sifat helang yang patut anda tiru :-
  • Tajam penglihatan,
  • Tajam pendengaran,
  • Pantas bertindak,
  • Kuat cengkaman,
  • Berani
posted by editor @ 9:33 AM  
Alasan yang Bakal Anda Terima - Alasan 10
Sunday, January 07, 2007
...sambungan

Saya tidak ramai kawan

Ini juga antara modal alasan yang paling banyak diberikan oleh prospek. Cuba anda terangkan padanya:

"Saya dahulu pun tidak ramai kawan sewaktu menyertai perniagaan MLM ini. Tetapi, sebenarnya, perniagaan ini tidak memerlukan ramai kawan. Saya amat yakin sekurang-kurangnya anda mempunyai 6 orang kawan, saudara mara, jiran dan kenalan. Melalui merekalah, anda akan berpeluang mengenali rakan baru."

Prospek boleh memberi 1001 alasan dalam pelbagai cara. Terpulanglah kepada anda untuk memilih pendekatan yang manakah yang lebih sesuai untuk digunakan. MLM tidak menyekat kreativiti anda. Kretiviti sangat penting untuk berjaya.
posted by editor @ 8:17 AM  
Alasan yang Bakal Anda Terima - Alasan 9
Saturday, January 06, 2007
...sambungan

Saya tidak pandai menjual

Ada juga prospek yang salah sangka. Mereka menganggap MLM 100 peratus menjual. Terangkan kepadanya :

"Betul, saya pun tidak pandai menjual. Pada mulanya, saya sangkakan MLM ini menjual dari rumah ke rumah. Tetapi, sangkaan saya meleset. Sebenarnya kita tidak perlu menjual. Kita hanya cari pengguna dan berkongsi dengan mereka kebaikan jika mengguna produk syarikat kami."

Bersambung...
posted by editor @ 12:02 PM  
Alasan yang Bakal Anda Terima - Alasan 8
Friday, January 05, 2007
...sambungan

Saya tidak berminat

Antara alasan yang paling banyak digunakan oleh ramai prospek. Cuba anda terangkan padanya :

"Saya dahulu pun tidak berminat dengan perniagaan MLM ini. Cubalah anda tanya pada sesiapapun yang telah berjaya dalam perniagaan MLM ini, pasti ramai anatara mereka akan berkata bahawa mereka memang tidak berminat dengan MLM ini tetapi mereka berminta dengan peluang pendapatan lumayan yang ditawarkan oleh perniagaan MLM ini"

Bersambung...
posted by editor @ 6:34 PM  
Alasan yang Bakal Anda Terima - Alasan 7
Wednesday, January 03, 2007
...sambungan

Saya tidak ada wang

Alasan ini juga banyak dikemukan oleh prospek. Terangkan kepadanya :

"Saya faham, mungkin anda tiada wang. Namun begitu, anda perlu pertimbangkan peluang ini untuk anda mempunyai wang. Modal perniagaan ini kecil sahaja iaitu RM300. Modal ini lebih kecil daripada anda memulakan perniagaan burger. Jika saya tawarkan anda sebuah kereta Mercedes bernilai RM200 ribu tetapi dengan syarat, anda perlu bayar pendahuluan RM 300, tentu anda dapat sediakan wang itu, kan?"

Bersambung...
posted by editor @ 11:06 AM  
Previous Post
Archives
Links
Sponsor by

Free Blogger Templates

BLOGGER

Trafik Pelawat

© 2005 Rahsia Niaga.Com Template by Isnaini Dot Com