Rahsia Niaga.Com

Blog Rahsia Niaga adalah rangkaian blog bagi RahsiaNiaga.Com. Blog ini memapar kaedah, rahsia, petua dan tip untuk berniaga secara online dan offline agar kita tidak mensia-siakan masa hidup kita ke arah yang tidak sihat. Semoga apa yang terkandung dalam blog ini memberi syafaat kepada kita semua tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit.

 
New Ads
Produk Terhangat !
Rakan Cyber

Mai la...KLIK SAYA!

Other things
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus.
Other things
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus.
Mengapa Downline Tidak Aktif - Ilmu tidak cukup
Wednesday, February 28, 2007
Salah satu sebab mengapa downline tidak aktif adalah kerana ilmu yang diberikan atau ilmu yang dimiliki oleh downline tidak cukup. Apabila ilmu tidak cukup, mana boleh berjaya. Kebanyakan downline yang tidak aktif kerana mereka kurang ilmu pengetahuan. Mereka tidak tahu 'sepak terajang' dalam perniagaan MLM.

Sebagai upline, pastikan downline anda dibekalkan ilmu pengetahuan yang mencukupi. Ilmu diibaratkan seperti senjata yang boleh digunakan bagi bertempur. Ilmu ada banyak jenis. Contohnya ilmu pelan pemasaran, ilmu teknik menjual, ilmu teknik downline, ilmu produk, ilmu komunikasi dan lain – lain lagi. Ilmu ini boleh dipelajari melalui meeting ataupun secara terus melihat dan mencontohi upline. Jadi, ilmu tidak diperolehi sekelip mata dan ianya bertahap. Hendak berjaya dalam MLM tidak perlukan kelulusan. Tetapi, perlu ilmu yang berkaitan dengan MLM.

posted by editor @ 8:48 AM  
Mengapa Downline Tidak Aktif - Anda tidak service
Tuesday, February 27, 2007
Dalam anda menjalankan perniagaan berasaskan Multi Level Marketing, sudah pasti anda tidak dapat lari daripada satu masalah utama dan masalah ini melibatkan downline anda. Ada downline yang tidak lagi aktif. Semasa mula – mula sign up, nampak semangat berkobar – kobar macam gunung berapi. Saat sedang memuncak, tiba – tiba tidak aktif. Inilah persoalan yang selalu dihadapi oleh upline. Anda juga bakal menjadi upline dan sedikit sebanyak, perkara ini juga berlaku. Daripada kajian berdasarkan pengalaman kebanyakan usahawan MLM, ada beberapa sebab mengapa downline tidak aktif.

Anda tidak service

MLM berkonsepkan 80 / 20. Semasa anda mula menyertai MLM, 80 peratus aktiviti anda digunakan bagi menaja. Tetapi apabila anda mempunyai kumpulan, aktiviti penajaan diturunkan menjadi 20 peratus manakala 80 peratus lagi adalah akviti service downline. Anda perlu melatih dan memimpin downline. Tugas anda bukan setakat menaja sahaja, malahan selepas menaja, tugas anda lebih berat lagi. Apabila anda tidak service, downline anda berasa seolah – olah anda sudah tidak berminat menjalankan perkhidmatan bersamanya.

Mereka berputus asa dan akhirnya tidak aktif. Sebab itu, MLM amat menitik beratkan service. Tanpa service, kumpulan anda di ibaratkan seperti ‘parang yang tumpul dan tidak diasah’. Melalui service inilah, barulah kumpulan anda menjadi kumpulan yang aktif, padu dan stabil. Masa depan anda melalui perniagaan MLM ini terserlah apabila anda bersabar menguruskan kumpulan anda dengan jayanya. Service melahirkan duplikasi atau tiru meniru. Melalui konsep tiru – meniru inilah, baru perniagaan anda berkembang dengan jayanya.

posted by editor @ 9:19 AM  
Jadikan Perniagaan MLM Anda Lebih Penting
Monday, February 26, 2007
Untuk berjaya dan maju dalam perniagaan MLM, jadikanlah perniagaan MLM sebagai suatu kepentingan yang tidak dapat anda lupa dan abaikan begitu sahaja. Sewaktu anda bersama keluarga, rakan dan kenalan, jangan lupa selitkan dan ceritakan sedikit sebanyak tentang perniagaan MLM anda. Semakin anda serius dalam perniagaan ini, semakin anda menuju ke puncak kejayaan. Sebab itu ramai pemimpin MLM yang berjaya, walaupun mereka sudah berada di puncak, mereka tetap juga bekerja dan berceramah. Apabila tidak cakap tentang MLM rasanya seperti hendak demam.

Apabila MLM menjadi tabiat anda, bayangkan cara anda bekerja nanti, pasti speed dengan hebatnya. Jadikan MLM sebagai the way of life. Lagipun, dalam agama tidak menghalang penganutnya berniaga malah digalakkan lagi. Nabi Muhammad pernah berkata, 9/10 rezeki datangnya daripada perniagaan.

posted by editor @ 8:38 AM  
4 Ketakutan - Takut kepada komitmen kerja
Saturday, February 24, 2007

Anda perlu ‘bekerja’ apabila melibatkan diri dalam MLM. Jika tidak melakukan ‘kerja’, macam mana nak dapat hasilnya. Saya berani katakan, bukan setakat dalam arena MLM sahaja, malahan apa sahaja kerjaya, ramai yang takut bertanggungjawab, memberi komitmen atau dengan kata lain, BEKERJA.

Sebenarnya, masalah ini timbul apabila anda tidak mengetahui makna di sebalik ‘bekerja’ dalam perniagaan MLM ini. Anda tidak tahu falsafah bekerja. Anda cuma tahu dan anggap bekerja untuk hidup. Jadi, anda rasakan kerja itu sebenarnya beban dalam diri. Ramai yang tidak tahu, bahawa berehat melebihi had menyebabkan berbagai – bagai penyakit menular secara senyap. Contohnya, cuba anda tidur sepanjang masa selama sebulan, anda dapati akhirnya anda tidak dapat bangun lagi. Urat saraf anda sudah banyak kurang berfungsi kerana tidak diberikan cabaran bagi bekerja. Mulai hari ini, beri makna yang baru kepada pekerjaan. Perkataan kerjasama (joint venture JV) bermakna dengan kebebasan. MLM adalah kebebasan bagaikan burung terbang. Kebebasan bagi anda bergerak dan bertindak mengikut cara dan teknik anda sendiri.

Labels:

posted by editor @ 8:54 AM  
4 Ketakutan - Takut Gagal
Friday, February 23, 2007

Ini juga salah satu daripada ketakutan yang banyak dialami oleh anda dan orang lain. Anda takut gagal dan anda rasakan tidak mampu melakukannya. Anda lebih suka berada dalam zon selesa dan tiada cabaran. Orang yang berjaya dalam kehidupan perlu melalui beberapa proses kegagalan sementara. Apabila anda takutkan kegagalan sementara, anda sebenarnya akan gagal selama – lamanya.

Kegagalan sementara adalah ‘guru’ yang paling rapat dan berguna bagi anda untuk membina strategi dan belajar daripada kegagalan tersebut. Ikuti contoh orang yang berjaya dalam MLM. Adakah mereka lancar sewaktu menjalankan perniagaan MLM? Tiada dalam sejarah, mereka ini lancar dalam menjalankan perniagaan MLM. Mereka ada sejarah yang pahit dan getir yang perlu dilalui dan kini, segala kesusahan dan kepahitan sudah berbaloi.

Labels: , ,

posted by editor @ 11:05 AM  
4 Ketakutan - Takutkan sesuatu yang tidak pasti
Thursday, February 22, 2007
Takut kepada sesuatu yang tidak pasti itu adalah bekalan semenjak kita kecil lagi. Ini seperti anda takut apabila melihat orang yang anda tidak kenali, takut sewaktu di temu duga dan takut sewaktu berjalan di kawasan yang gelap seorang diri. Ketakutan ini adalah normal dan ianya bagi melindungi diri anda daripada bahaya. Kadang – kadang perasaan takut ini terlalu melindungi anda hinggakan melebihi batas.

Sebenarnya, sepanjang kehidupan anda, perasaan takut ini sudah memainkan peranannya yang tersendiri. Ingatkah anda sewaktu pertama kali anda ke sekolah, berucap di hadapan pelajar di dalam kelas, naik kapal terbang, naik kapal laut atau tiba di sebuah bandar yang anda belum kenal sesiapa pun? Itulah ketakutan yang akan anda alami dan ketakutan itu sebenarnya tidak lama. Arahkan otak anda menyatakan anda sebenarnya selamat dan tidak perlu takut kepada apa-apa pun. Lihat kanak – kanak yang baru belajar berjalan. Apabila mereka takut mencuba, sudah pasti mereka tidak boleh berjalan hingga sekarang.

posted by editor @ 9:41 AM  
4 Ketakutan - Takutkan Penolakan
Tuesday, February 20, 2007

Saya dapati bahawa terdapat beberapa ketakutan yang dialami oleh usahawan MLM semasa menjalankan tugas menaja ini. Ketakutan ini adakalanya kelihatan amat kuat dan boleh menganggu karier sebagai usahawan MLM. Itulah yang dinamakan sebagai unconscious fear atau ketakutan tanpa disedari. Ketakutan ini boleh dikategorikan dalam 4 jenis / keadaan. Ketakutan inilah yang kadang – kadang menyebabkan tugas anda menjadi susah dan bermasalah. Jadi, saya kemukakan 4 jenis ketakutan dan cara bagi mengatasinya.

Takutkan Penolakan

Perasaan takut ada yang datang sejak dilahirkan dan ada yang berdasarkan pengalaman buruk yang dialami semasa kecil. Ketakutan yang dibekalkan semenjak dilahirkan itu boleh menjadi penyelamat diri anda. Tetapi, ketakutan yang tidak dibekalkan semenjak lahir dan terbina dengan pemikiran sendiri bukannya penyelamat bahkan kehancuran. Takut kepada penolakan ini bukannya dibekal semenjak anda dilahirkan. Ianya terbina melalui pemikiran yang dicipta oleh minda anda sendiri. Ini yang dikatakan sebagai imaginasi negatif. Anda tidak tahu menggunakan potensi minda nada dengan memprogramkan pemikiran negatif.

Bayangkan anda sedang memandu di jalan raya. Dalam perjalanan anda itu, anda terjumpa dua persimpangan. Papan tanda simpang kanan tertulis perkataan “Kawan”. Manakala simpang kiri pula menunjukkan tulisan “Musuh”. Jadi, persimpangan manakah yang akan anda pilih? Sudah pasti anda akan memilih persimpangan ke kanan. Begitulah dengan prospek, anda tentu memilih prospek yang berminat. Bagaimana dengan prospek yang tidak berminat? Berhenti memprospek. Jika anda teruskan, dia akan membenci anda. Cuba lagi lain kali. Buka mindanya. Nyatakan padanya apa itu sebenarnya MLM.

Hentikan imaginasi anda untuk takut jika menerima sebarang penolakan dari prospek. Minda sedar anda menghantar mesej kepada minda spara sedar dan ianya menjadi satu sikap lazim. Sikap takutkan penolakan. Sebenarnya, mida logik anda tahu bahawa penolakan itu hanyalah perkataan ‘tidak mahu’ oleh prospek. Ianya tidak dapat mencederakan ataupun memberikan apa – apa akibat kepada diri anda. Tetapi, emosi anda berlainan. Ia tidak boleh menerima penolakan. Ia tidak suka bila ada orang lain katakan ‘TIDAK’.

Cara menyelesaikan perasaan takut kepada penolakan ialah anda tanyakan pada diri anda, “Apakah yang amat aku takutkan? Adakah aku takutkan penolakan?” Apabila adanya perasaan takutkan penolakan, lekas – lekas anda set dalam pemikiran anda bahawa anda ingin bersahabat dengannya. Dengan cara bersahabat, anda tidak bimbang penolakan dan anda rasakan seolah – olah itu hanya satu perkara biasa. Selain itu, pastikan anda sentiasa berfikiran positif. Jangan memandang penolakan itu satu yang tidak baik. Mungkin penolakan itu ada kebaikan yang tidak anda ketahui hikmahnya.

Apabila anda yang takutkan perkataan ‘Tidak Mahu’, anda perlu pastikan fikiran anda berada dalam keadaan tenang. Gunakan teknik meditasi, bercakap dengan diri sendiri atau self talk, membaca setiap poster positif yang anda lekatkan di rumah dan mendengar kaset motivasi. Tiada satu pun yang boleh menghalang anda walaupun perkataan ‘Tidak Mahu’. Anggap perkataan ‘Tidak Mahu’ satu langkah lagi bagi berubah kepada ‘Ya mahu’. Anda perlu muhasabah diri sendiri mengapa ramai yang kata ‘tidak mahu’. Dengan itu, saya ada 2 cara penyelesaian terbaik ialah :-

  1. Rujuk dan belajar membetulkan kesilapan anda daripada upline yang berpengalaman. Lihat cara beliau berkomunikasi dengan prospek.
  1. Praktikkan setiap perkara yang anda pelajari. Ingat! Kejayaan Thomas Eva Edison mencipta lampu mentol disebabkan beliau tidak takut gagal dan sentiasa mencuba berkali – kali melebihi 100 ribu kali. Begitu juga dengan anda. Praktikkan setiap ilmu pengetahuan dan baiki setiap kesilapan anda tanpa jemu.

Labels:

posted by editor @ 11:57 AM  
Peniruan yang Kreatif
Sunday, February 18, 2007

Perniagaan yang berteraskan MLM lebih menekankan kepada peniruan (duplikasi). Saya lebih suka mengelarkannya sebagai peniruan yang kreatif. Mari kita lihat dan kaji contoh perniagaan francais seperti KFC (Kentucky Fried Chicken) dan McDonald. Walau ke mana sahaja negeri, restoren KFC dan McDonald menyediakan perkhidmatan dan produk makan yang sama. Sama dalam semua segi dan sudut seperti sama dari segi susunan peralatan, produk, pakaian pekerja dan lain – lain lagi. Malahan, resepi juga sama. Ini yang dikatakan sebagai peniruan atau duplikasi yang sebenarnya.

Begitu juga dengan francais manusia yang dijalankan berkonsepkan MLM ini. Proses peniruan berlaku dari upline kepada downline secara turun temurun. Sebab itulah, untuk berjaya dalam MLM tidak memerlukan anda mempunyai segulung ijazah tetapi sebaliknya, ia memerlukan peniruan secara turun temurun. Namun begitu, jadilah seperti Jepun. Meniru dan buat lebih baik lagi produk sedia ada. Inilah peniruan kreatif. Tiru upline dan buat lebih canggih dan baik lagi.

posted by editor @ 11:34 AM  
Anda sebenarnya Bukan Menaja
Saturday, February 17, 2007
Pada zahirnya, anda menaja prospek. Tetapi, secara falsafahnya anda bukannya menaja. Anda sebenarnya melakukan 10 perkara yang baik dan mulia. Perkara itu ialah :

Membuka peluang hidup sukses

Apabila anda menunjukan perniagaan MLM ini, anda sebenarnya memberikan peluang kepada prospek anda ke arah kehidupan yang lebih sukses. Kehidupan yang sukses ini yang akan menjadi idaman setiap manusia di muka bumi ini. Kehidupan sukses ini terbina apabila anda mengikuti gerak kerja dan kursus yang ditawarkan oleh syarikat. Kursus ini yang membentuk peribadi anda menjadi insan yang berjaya.

Menunjuk peluang meraih kebebasan kewangan

Apabila anda memperkenalkan perniagaan MLM ini, anda sebenarnya menunjukan peluang kepada orang lain meraih kebebasan kewangan. Jika selama ini ramai yang mengeluh dan menderita kerana masalah kewangan, kini MLM merupakan jalan keluar dan penyelesaian masalah tersebut.

Menunjukan prospek pelan pemasaran

Apabila anda memperkenalkan perniagaan MLM ini, anda sebenarnya menunjukan prospek anda pelan pemasaran yang sememangnya sudah lama diamalkan lebih 10 tahun dahulu oleh mana – mana syarikat MLM.

Berkongsi peluang mengubah kehidupan

Apabila anda memperkenalkan perniagaan MLM, anda sebenarnya berkongsi peluang untuk mengubah kehidupan yang pada mulanya prospek anda langsung tidak mengetahuinya.

Menawarkan kehidupan cerah di masa hadapan

Apabila anda memperkenalkan perniagaan MLM, anda sebenarnya menawarkan kehidupan yang berjaya, maju dan bertuah pada masa hadapan.

Memberikan kehidupan yang bermakna

Apabila anda memperkenalkan perniagaan MLM, anda sebenarnya memberikan kepada prospek satu kehidupan yang bermakna. Jika dahulunya prospek anda hidup tanpa arah tujuan, kini dia ada arah yang hendak dicapainya.

Membuka minda prospek

Apabila anda memperkenalkan perniagaan MLM, anda sebenarnya membuka minda prospek anda untuk berjaya yang pada dahulunya tidak ada keyakinan langsung untuk berjaya.

Menunjukan impian yang boleh dicapai

Apabila anda memperkenalkan perniagaan MLM, anda sebenarnya, menunjukkan mereka impian yang boleh dicapai dalam masa yang tidak lama.

Membina keyakinan dan kepercayaan

Apabila anda memperkenalkan perniagaan MLM, anda sebenarnya menolong prospek anda membina keyakinan dan kepercayaan pada diri sendiri yang selama ini belum pernah mereka rasakan.

Memberi hadiah kebebasan

Apabila anda memperkenalkan perniagaan MLM, anda sebenarnya memberikan prospek anda satu hadiah iaitu kebebasan yang dapat dimanfaatkan selama – lamanya melebihi nilainya daripada emas dan permata.

posted by editor @ 10:47 AM  
Apakah yang perlu dilakukan selepas menaja? - Bakar Semangat Downline
Friday, February 16, 2007
Manusia yang bergerak dari satu tempat ke satu tempat lain memerlukan motif (tujuan). Tanpa motif, gerakan menjadi perlahan dan tidak ada semangat yang berkobar – kobar. Anda bertanggungjawab 'membakar semangat' downline dengan memotivasikan mereka. Tidak semestinya anda harus jadi pakar motivasi. Dapatkan kerjasama upline bagi memotivasikan downline.

Motivasi yang paling tinggi adalah keluarga. Berikan mereka (downline anda) kesedaran bahawa dengan memberikan kebahagiaan dan kesenangan kepada keluarga yang dicintai perlu melalui kehidupan yang lebih selesa. Keselesaan ini boleh didapati melalui kewangan yang ada kebebasan. Bagi memiliki kebebasan kewangan, tidak lain dan tidak bukan melalui perniagaan berkonsepkan MLM atau lebih dikenali dengan jualan langsung dan pemasaran pelbagai peringkat.

posted by editor @ 10:06 AM  
Apakah yang perlu dilakukan selepas menaja? - Lahirkan Kecintaan terhadap syarikat
Thursday, February 15, 2007

Apabila anda berjaya memperolehi pendapatan yang baik sewaktu menjalankan perniagaan MLM, bagi mengekalkan dan meningkatkan kejayaan syarikat, anda perlu tanamkan perasaan cinta terhadap syarikat di kalangan downline anda. Apabila tiada rasa ‘cinta’, downline akan menjadi seperti ‘lalang yang sentiasa berubah mengikut angin’.

Pada masa kini setiap tahun, akan muncul beberapa syarikat jualan langsung MLM yang baru tumbuh bagikan cendawan yang muncul selepas hujan. Apabila hati dan perasaan tidak timbul cinta dan kasih, mana mungkin berkekalan dalam satu – satu syarikat. Akibatnya, ada yang lompat dari satu syarikat ke satu syarikat lain.

Tidak salah anda untuk berubah dari satu syarikat ke satu syarikat lain. Tetapi, pastikan anda sudah berusaha dengan sebaik mungkin tetapi tetap gagal. Apabila anda berubah padahal usaha anda hanya sekerat jalan, pasti syarikat apa pun yang anda naungi tidak akan membuahkan hasil. Percayalah, rezeki ada di mana – mana syarikat dan tidak perlu saya membesarkan – besarkan syarikat apa yang terbaik (di ruangan ini). Namun begitu, pastikan syarikat itu bukannya seperti coklat Chipsmore. Sekejap ada, sekejap tiada. Rasa kepunyaan bersama satu – satu syarikat memberikan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi. Apabila setia, usaha yang dilakukan akan berterusan dan bersungguh – sungguh.

posted by editor @ 9:21 AM  
Apakah yang perlu dilakukan selepas menaja? - Lahirkan Kecintaan dalam Kumpulan
Wednesday, February 14, 2007
Perniagaan berbentuk MLM ini dapat ditingkatkan melalui kerjasama antara kumpulan. Bukan sahaja kerjasama antara kumpulan, bahkan boleh bekerjasama dengan kumpulan yang lain. Contohnya, apabila syarikat hendak mengadakan promosi barangan secara besar – besaran ataupun meeting, kumpulan anda dan kumpulan lain perlu bekerjasama. Apabila bekerjasama dengan baik, promosi dan meeting tersebut dapat dijalankan dengan jaya.

Anda juga perlu melahirkan kecintaan antara ahli kumpulan anda. Lahirkan kasih dan sayang antara kumpulan. Apabila berkasih sayang, maka perasaan bertanggungjawab terbina. Kumpulan yang memahami antara satu sama lain (understanding) akan menjadi lebih kuat dan kukuh. Apabila ada apa – apa masalah, ia dapat diselesaikan dengan segera. Jangan biarkan sampai masalah yang kecil itu melarat sehingga menjadi masalah yang besar. Kasih sayang yang saya maksudkan ini bukanlah bermaksud ‘cinta’ tetapi suatu hubungan yang akrab sesama ahli kumpulan. Dan setiap ahli kumpulan haruslah menjaga etika dan adab masing – masing.

Labels: ,

posted by editor @ 10:36 AM  
Apakah yang perlu dilakukan selepas menaja? - Didik downline menjadi great leader
Tuesday, February 13, 2007
Perniagaan anda tidak dapat berkembang dengan pesat apabila anda tidak melahirkan beberapa pemimpin yang bagus (Great Leader). Bagi melahirkan pemimpin yang bagus ini, anda perlu berkorban masa dan tenaga untuk mendidik dan memimpin mereka. Namun begitu, downline anda juga perlulah menjadi pengikut yang setia. Pemimpin yang bagus datangnya daripada pengikut yang setia.

Jangan jemu untuk mencari ilmu – ilmu yang baru seperti cara bagaimana untuk mengurus kumpulan MLM. Cuba dapatkan buku – buku fizikal mahupun elektronik (digital) sama ada dari dalam atau luar negeri, CD – ROM, ilmu menerusi internet, majalah atau ceramah – ceramah oleh mereka yang sudah berjaya dalam bidang MLM ini. Ilmu yang baik akan melahirkan pemimpin MLM yang hebat. Setiap perkara yang anda tahu, jangan lupa untuk berkongsi dengan downline – downline anda. Untuk berjaya, anda mesti memastikan downline anda berjaya terlebih dahulu. Apabila downline anda berjaya maka dengan sendirinya, anda juga akan berjaya. Ini adalah hukum kejayaan dalam perniagaan MLM. Kejayaan downline anda adalah kejayaan anda.

Tugas memimpin downline ini sama seperti tugas ibu mendidik anaknya sehingga mereka boleh berdikari. Apabila downline anda mampu memimpin, dia pula akan menjadi ‘ibu untuk mendidik anak – anaknya’. Inilah yang dinamakan proses duplikasi (peniruan). Meniru dalam MLM boleh membuatkan anda menjadi kaya. Anda juga perlu mendidik pengguna tentang bagaimana untuk menjadi pengguna barangan anda dengan baik. Setiap pengguna mempunyai hak untuk mendapatkan maklumat tentang kebaikan produk yang anda jual secara optimum dan mendapat kepuasan maksimum untuk menggunakannya.

Cuba untuk cipta keperluan. Percayalah, bahawa walau sebanyak mana pun produk yang muncul, kepuasan dan kehendak manusia tidak pernah terbatas. Contohnya, kopi ginseng yang dahulunya dianggap terlalu mahal kerana harga segelas lebih kurang RM1.30. Tetapi, apabila wujudnya keperluan kepada produk tersebut, kopi ginseng diminati oleh rakyat Malaysia sehingga memaksa harganya berada di paras yang berpatutan dan sudah menembusi pasaran luar negara. Oleh itu, juallah apa sahaja, pasti akan wujudnya pembelinya. Apabila kita mencipta produk, maka terciptalah keperluan manusia.

Labels:

posted by editor @ 8:09 AM  
Apakah yang perlu dilakukan selepas menaja? - Target dan Sasaran
Monday, February 12, 2007

Target dan sasaran

Setiap bulan, cuba buat target dan sasaran yang perlu dicapai oleh kumpulan anda. Cuba galakkan mereka supaya banyak menaja ahli – ahli baru. Ini adalah kerana, dalam ramai – ramai ahli dalam network anda nanti, akan ada ahli yang kurang aktif dan ada juga yang aktif sehingga berjaya. Apabila anda hanya bergantung pada seorang ataupun dua orang yang anda taja, mana mungkin anda berjaya.

Namun begitu, tidak semestinya anda perlu menaja seorang sehari. Setahun ada 365 hari. Laratkah anda hendak menaja sehingga 365 orang? Itu tindakan yang kurang bijak namanya. Anda akan membuang tenaga anda sahaja. Anda jangan lupa, MLM adalah perniagaan pelbagai peringkat. Kita bekerja secara berjemaah (berkumpulan). Menaja dengan banyak sebenarnya bermaksud anda menaja sekurang – kurang 5 atau 8 orang sahaja setahun. Seterusnya, berilah service anda, didik dan bimbing mereka sehingga mereka boleh menaja dan memimpin downline mereka. Apabila anda terlebih menaja downline sekalipun, letaklah downline yang baru tu di bawah downline anda. Dengan kata lain, anda buat seperti cucuk sate ataupun lipan. Jangan taja dalam bentuk matahari, kerana anda boleh teruk untuk mendidik dan memimpin mereka nanti. Cuba lihat seperti contohnya di bawah ini :

Daripada rajah ini, anda menaja 5 orang iaitu D1, D2, D3, D4 dan D5. Apabila anda mendapat lagi downline, tidak salah apabila anda letakkan ahli tajaan yang baru tu di bawah D1, D2, D3, D4 atau D5. Misalnya, jika anda menaja si A, letakkan di bawah D1. Anda menaja si B, anda letakkan di bawah D2. Anda menaja si C, anda letakkan di bawah D3. Begitulah seterusnya si D di bawah D4 dan si E di bawah D5.

Tetapi, ini tidak bermakna anda perlu menaja habis – habisan dan biarkan D1, D2, D3, D4 dan D5 hanya goyang kaki sahaja. Penajaan ini sebenarnya bertujuan untuk memberikan semangat kepada downline – downline anda untuk bekerja bersama – sama anda. Mereka juga perlu melakukan perkara yang sama seperti anda iaitu menduplikasi. Apabila proses ini berterusan, bayangkan rangkaian anda beberapa tahun dari sekarang.

Anda perlulah membina target dan sasaran dengan jelas serta bertahap. MLM berjalan melalui proses dan pastikan anda mengikut proses yang biasa. Apabila tiada target dan sasaran, network anda mungkin tidak mempunyai daya motivasi bagi memperkembangkan lagi perniagaan berasaskan MLM ini. Jangan letak sasaran dan target yang terlalu tinggi ataupun terlalu rendah. Letakkan target dan sasaran mengikut kemampuan anda dan pertingkatkan secara bertahap. Sikit – sikit, lama – lama jadi bukit. Hal ini boleh anda lakukan apabila anda ada ramai tajaan. Tiada guna jika anda ada ramai kenalan dan anda terus taja mereka semua di bawah anda. Ini bahaya. Nanti akan mendatangkan masalah kepada anda kerana anda mungkin menghadapi masalah untuk mendidik dan memimpin mereka. Cubalah gunakan formula cucuk sate ini.

Technorati Profile
posted by editor @ 9:18 AM  
Apakah yang perlu dilakukan selepas menaja? - Mengurus Downline
Sunday, February 11, 2007

Mengurus downline

Anda juga perlu bertanggungjawab dalam mengurus downline anda. Apabila downline terurus, dengan sendirinya produk terurus dan pendapatan bonus juga terurus. Lahirkan seberapa ramai leader atau pemimpin yang berkualiti. Pastikan mereka boleh mengurus downline mereka sendiri. Ia bergantung kepada proses duplikasi mereka sewaktu anda memimpin mereka dahulu.

Jika boleh, adakan juga mini mesyuarat yang terdiri daripada kumpulan anda sendiri. Dengan cara ini, anda dapat membincangkan apakah target dan masalah yang dialami oleh downline anda. Cuba tanamkan sikap bekerjasama dengan downline anda dalam diri anda, bekerjasama dengan upline dan bekerjasama dengan sideline. Sideline, walaupun bukannya ahli kumpulan anda, tetapi apabila ada penggabungan, pasti memberikan momentum yang hebat.

posted by editor @ 11:59 AM  
Apakah yang perlu dilakukan selepas menaja? - Berikan Ilmu Pengetahuan
Saturday, February 10, 2007

Berikan ilmu pengetahuan

Bak kata orang tua – tua, jika hendak menolong seseorang itu, kita kenalah berikan mereka jala / pancing dan bukannya ikan. Jika diberikan ikan, mereka akan menghabisnya untuk hari ini sahaja. Esok mereka akan kembali lapar. Takkan selamanya mereka terpaksa mengharap kepada kita, betul tak? Jika diberi jala / pancing, mereka boleh mendapatkan ikan hasil usaha mereka sendiri.

Begitu juga dengan downline anda, berikan dia ilmu pengetahuan yang secukupnya. Ilmu ini boleh mereka perolehi melalui pertemuan dengan anda / upline anda, kursus / seminar atau secara langsung. Jika downline anda berada berhampiran dengan anda, nasihat mereka supaya hadir mesyuarat setiap minggu (Sekarang ini mesyuarat (conference) boleh diadakan secara online di internet). Tanpa mesyuarat, tentu agak sukar kita hendak mengembangkan perniagaan kita ke tahap yang lebih tinggi. Begitu juga dengan kursus yang dianjurkan oleh syarikat MLM anda (Sila rujuk buletin / schedule syarikat setiap bulan untuk mengetahui seminar yang di adakan (jika ada)). Cuba beri galakan kepada downline anda untuk mendapatkan ilmu asas melalui kursus yang dikendalikan oleh pihak syarikat. Selalunya, kursus ini diajar / dikelolakan oleh konsultan (perunding) yang bertauliah yang dilantik syarikat ataupun mereka – mereka yang sudah berjaya dan banyak pengalaman dalam perniagaan MLM ini.

Ilmu secara langsung pula boleh diperolehi oleh downline anda dengan memerhatikan gerak kerja harian anda. Dengan kata lain, anda perlu tunjuk ajar kepadanya tentang bagaimana anda menaja , menjual dan servicing. Dia akan belajar secara langsung dari anda dan memlalui pengalaman anda. Di waktu ini, downline anda diibaratkan seperti bayi yang perlu dibelai dan dimanja. Mereka belum lagi boleh berdikari sepenuhnya. Cuba ajari mereka langkah demi langkah dan tunjukkan cara – cara yang betul menjalankan perniagaan MLM. Jangan biarkan mereka terkapai – kapai tanpa arah. Inilah yang dinamakan proses duplikasi. Jika dahulu anda dibelai(dididik) oleh upline anda, kini telah tiba masanya bagi anda untuk membelai (mendidik) downline anda pula. Tetapi, dalam proses mendidik (belai) ini bukan semestinya anda melakukan (mengajar) semua perkara untuk downline dan biarkan downline anda goyang kaki pula. Mendidik ini sebenar bermaksud anda mengajar / memimpin downline anda tentang cara – cara serta teknik – teknik yang betul dalam menjalankan perniagaan MLM.

Ibarat memimpin seorang bayi untuk belajar berjalan. Ada masa anda perlu biarkan bayi itu cuba berjalan sendiri. Adakalanya dia akan terjatuh dan adakalanya kita perlu biarkan dia belajar (pengalaman) sendiri dan adakalanya kita perlu pimpin dia lagi. Tapi, dia tidak semestinya pandai berjalan pada hari pertama lagi. Mungkin dia memerlukan masa untuk mula berjalan. Otot kakinya memerlukan masa untuk kuat. Begitu juga dengan downline anda.

Labels:

posted by editor @ 7:31 AM  
Apakah yang perlu dilakukan selepas menaja? - Service
Friday, February 09, 2007
Selepas menaja, ada lagi 80 peratus (80%) tugas dan tanggungjawab yang perlu anda lakukan. Ramai usahawan MLM, hanya tahu menaja, tetapi tidak tahu mendidik downline. Seperti di ibaratkan hanya tahu beranak, tetapi tidak tahu hendak jaga anak. Ingat, downline diibaratkan seperti ‘anak’ yang masih kecil dan perlukan bimbingan anda. Apabila tiada bimbingan, tiada kesinambungan dalam perniagaan MLM anda. Dengan kata lain, tiada duplikasi. Saya berikan 8 perkara yang perlu anda lakukan selepas menaja.

Service (Perkhidmatan)

Anda perlu memantau downline anda dengan memberikan motivasi sekali sekala kepada mereka. Sekali sekala perlu menghantar mesej melalui SMS, emel , Internet Messaging (YM, Skype dan sebagainya) dan sebagainya untuk bertanya khabar dan perkembangan bisnes mereka atau masalah yang dihadapi mereka. Apabila downline anda berasa mereka diberi perhatian, sudah pastinya akan timbul rasa hormat dan ‘kasih’ kepada anda. Sentuh (selami) perasaan dan hati (ketahui masalah) mereka. Perniagaan MLM ini sememangnya melibatkan 70 peratus (70%) perhubungan manusia dan 30 peratus (30%) lagi adalah penjualan / penggunaan produk. Jika mereka ada masalah, cuba fahami masalah mereka dan sebolehnya cuba selesaikan masalah dengan bijaksana dan bertanggungjawab.

Pastikan anda sentiasa berhubung dengan downline anda. Pokok pangkalnya di sini yang utama ialah anda perlu ‘rapat’ dengan downline anda seperti ‘ibu dan anak’. Kejayaan anda banyak bergantung kepada keaktifan dan pergerakan barang yang digerakan oleh downline anda. Oleh itu, cuba berikan tumpuan kepada servicing melebihi penajaan. Nisbah antara aktiviti menaja dan servicing ialah 20 : 80 (20 kepada 80 / 1:4). 20 peratus adalah bagi penajaan ahli dan 80 peratus lagi merupakan servicing (perkhidmatan / tanggungjawab anda).

posted by editor @ 10:20 AM  
Persediaan Home Party
Thursday, February 08, 2007

Memperkenalkan diri anda
Sebutkan nama anda, apakah tujuan anda mengadakan home party dan apakah kebaikan yang diperolehi oleh pelanggan.

Jelaskan syarikat apakah yang anda wakili
Sebutkan nama syarikat dan nombor AJL. Tunjukan kepada pelanggan lesen perniagaan syarikat anda.

Terangkan berapa jenis produk yang dikeluarkan oleh syarikat anda
Jelaskan satu – persatu kegunaan dan kelebihan produk yang ada. Berikan alasan mengapa pelanggan patut dan harus membeli produk syarikat anda. Adakah soal jawab tentang produk yang anda syorkan. Pastikan pelanggan anda berpuas hati.

Jelaskan apakah kelebihan apabila mereka menjadi ahli
Apabila pelanggan berpuas hati dengan produk, jelaskan kelebihan sekiranya mereka menjadi ahli. Tunjukkan juga pelan pemasaran yang mudah difahami oleh pelanggan. Jangan cakap berbelit – belit macam ular. Apabila berbelit – belit, pelanggan akan cepat boring.

Tanya siapa yang mahu membeli barang dan ingin menjadi ahli
Di sinilah proses jual beli dan penajaan berlaku.

Adakan cabutan bertuah dan berikan hadiah kepada yang bertuah
Jangan lokek untuk keluarkan sedikit modal bagi membeli hadiah.

Beritahu di mana lokasi home party anda seterusnya
Ketika penutup, beritahu kepada pelanggan lokasi home party yang bakal anda hadiri seterusnya.

Lakukan latihan home party dengan kerap. Setiap kali mesyuarat, jangan lupa latih cara penerangan home party. Ini dapat anda lakukan sewaktu mesyuarat kumpulan.

Labels: ,

posted by editor @ 11:08 AM  
Perlukah Anda Menaja Ramai Downline?
Tuesday, February 06, 2007
Untuk berjaya dalam perniagaan MLM, tidak semestinya anda perlu menaja ramai downline. Jika anda menaja 100 orang sekalipun, sedangkan anda tidak sempat memberikan servicing dan motivasi, lama – kelamaan, mereka akan berhenti menggunakan produk syarikat yang anda naungi. Dengan kata lain, biar downline yang anda taja hanya lebih kurang 5 orang sahaja, tetapi mereka berkualiti. Kejar kualiti daripada kuantiti. Apabila downline berkualiti, mereka bakal melahirkan downline yang baru dan sudah semestinya berkualiti. Ingat, network marketing ini adalah kerjasama antara rakan kongsi. Apabila setiap orang bekerjasama, hasilnya bertambah, sila lihat jadual d bawah ini :

Setiap orang hanya perlu menaja sekurang – kurangnya 5 orang sahaja. Lihat pendapatan yang bakal anda dapat nanti. Lumayan bukan. Inilah contoh cara gerak kerja yang perlu anda laksanakan. Sebenarnya, ada banyak lagi cara yang boleh digunakan dan tidak semestinya duplikasi 5 orang. Saya cuma memberikan contoh dan anda boleh menggunakan daya kreativiti sendiri bagi membina kumpulan anda sendiri.

posted by editor @ 8:57 AM  
Home Party - Kebaikan 7
Saturday, February 03, 2007
...sambungan

Anda boleh menjalankan aktiviti home party di rumah pospek yang lain

Apabila mereka tertarik dengan cara dan gaya anda mempromosikan barang, tidak mustahil ada lagi susulan home party di rumah orang lain pula lepas itu.

Labels:

posted by editor @ 10:04 AM  
Home Party - Kebaikan 6
Friday, February 02, 2007
...sambungan

Anda mendapat semangat dan enjoy dalam MLM

Suasana berkumpulan dalam menjalankan perniagaan MLM dapat memberikan semangat. Apabila bekerja seorang diri, suasananya amat tidak menyeronokkan dan mood yang rendah.

Bersambung...

Labels:

posted by editor @ 11:10 AM  
Home Party - Kebaikan 5
Thursday, February 01, 2007
...sambungan

Anda dapat menjimatkan wang

Tanpa kos yang mahal, anda boleh promosikan barang / produk syarikat anda. Anda hanya sekadar perlu keluarkan sedikit modal bagi jamuan ringan sahaja.

Bersambung...

Labels: ,

posted by editor @ 10:52 AM  
Previous Post
Archives
Links
Sponsor by

Free Blogger Templates

BLOGGER

Trafik Pelawat

© 2005 Rahsia Niaga.Com Template by Isnaini Dot Com