Rahsia Niaga.Com

Blog Rahsia Niaga adalah rangkaian blog bagi RahsiaNiaga.Com. Blog ini memapar kaedah, rahsia, petua dan tip untuk berniaga secara online dan offline agar kita tidak mensia-siakan masa hidup kita ke arah yang tidak sihat. Semoga apa yang terkandung dalam blog ini memberi syafaat kepada kita semua tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit.

 
New Ads
Produk Terhangat !
Rakan Cyber

Mai la...KLIK SAYA!

Other things
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus.
Other things
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus.
Urus wang anda: Pusingan betul aliran tunai bantu bajet
Monday, August 07, 2006
KEBANYAKAN orang pernah mengalami kekurangan wang sementara menunggu bayaran yang akan diterima sama ada gaji, bayaran projek dan sebagainya. Masalah sedemikian boleh diatasi dengan membuat perancangan aliran wang tunai. Pertama, seseorang perlu memastikan pendapatan dalam sesuatu tempoh sentiasa melebihi bajet perbelanjaan supaya wang mencukupi dan berlebihan, manakala bagi perniagaan pula ia boleh menghasilkan keuntungan bagi setiap bulan dan tahun perniagaan.
Namun, terdapat kes apabila perniagaan menguntungkan atau pendapatan memuaskan, tetapi masa penerimaan wang tunai lewat sehingga wang untuk berbelanja tidak mencukupi. Ia boleh diumpamakan seperti seseorang mendapat gaji pada akhir bulan, tetapi menghadapi kekurangan wang pada pertengahan bulan. Isunya bagaimana merancang aliran tunai supaya perkara sedemikian dapat dielakkan. Perancangan aliran tunai memerlukan seseorang merancang semua bakal penerimaan dan perbelanjaan tunai untuk setiap hari, setiap minggu dan setiap bulan. Perancangan bermula dengan baki tunai di tangan dicampurkan dengan bakal penerimaan serta memastikan jumlah itu melebihi perbelanjaan tunai untuk tempoh berkenaan.Katakan baki tunai awal bulan RM1,000 dan pendapatan tunai bulan itu RM3,000, maka jumlah wang di tangan RM4,000 dan perbelanjaan perlulah kurang daripada jumlah itu supaya wang tunai untuk berbelanja mencukupi.
Seterusnya, baki akhir bulan itu dibawa ke awal bulan hadapan untuk rancangan aliran tunai yang serupa untuk bulan berikutnya. Seorang siswa mungkin sudah cukup untuk merancang aliran tunai untuk tempoh enam bulan sesuai dengan tempoh satu semester. Perancangan aliran tunai harian sudah cukup baik untuk peniaga restoran yang banyak berurusan secara tunai. Bagaimanapun, perancangan aliran tunai perlu dirancang secara lebih teliti untuk perniagaan yang banyak menggunakan jualan kredit. Begitu juga projek yang tempoh pusingan modal perniagaan lebih lama seperti projek industri asas tani. Satu pusingan perniagaan ternakan lembu ‘feedlot’ perlukan masa enam bulan, maka perancangan aliran tunai perlu memastikan wang mencukupi untuk perbelanjaan bagi tempoh terbabit sehinggalah wang diterima daripada jualan lembu selepas enam bulan.
Modal kerja perniagaan ini dinamakan modal pusingan kerana ia sentiasa berpusing dan seseorang peniaga perlu memastikan modal pusingan itu mencukupi. Perniagaan mungkin terpaksa ditutup jika modal pusingan kehabisan.Seseorang mungkin perlu membuat pinjaman daripada bank atau rakan untuk menampung kekurangan tunai sementara atau beliau boleh berunding dengan pembekal untuk mendapatkan kemudahan belian kredit atau kebenaran menangguhkan bayaran. Kad kredit juga boleh menjadi sumber pembiayaan sementara sehingga seseorang mendapat gaji akhir bulan. Bagaimanapun, seseorang perlu berdisiplin supaya penggunaannya betul untuk perkara yang diperlukan dan mengikut kemampuan.
Selain itu, anda boleh berusaha supaya bayaran yang bakal diterima dapat dibayar lebih awal oleh pihak yang berkaitan. Sesetengah syarikat menawarkan diskaun kepada mereka yang boleh membuat bayaran lebih awal. Pembeli yang membuat bayaran awal sudah tentu membantu pengurusan aliran wang tunai syarikat. Seseorang juga boleh menjadualkan pembelian supaya tarikh pembelian dibuat secara berperingkat mengikut keperluan sebenar dan tidak dibuat sekali gus sehingga membebankan aliran tunai.Sebagai langkah untuk mengelak berlaku kekurangan wang tunai dan menimbulkan kesusahan, setiap orang wajar menyediakan sejumlah simpanan sebagai tabung persediaan untuk belanja luar jangka dan kecemasan. Tabung ini akan menjaga maruah anda daripada terpaksa memohon hutang daripada keluarga dan sahabat anda.
Oleh Prof Madya Ir Sodri Ariffin
Sumber : Berita Harian 7 Ogos 2006
posted by editor @ 7:30 AM  
Previous Post
Archives
Links
Sponsor by

Free Blogger Templates

BLOGGER

Trafik Pelawat

© 2005 Rahsia Niaga.Com Template by Isnaini Dot Com