Rahsia Niaga.Com

Blog Rahsia Niaga adalah rangkaian blog bagi RahsiaNiaga.Com. Blog ini memapar kaedah, rahsia, petua dan tip untuk berniaga secara online dan offline agar kita tidak mensia-siakan masa hidup kita ke arah yang tidak sihat. Semoga apa yang terkandung dalam blog ini memberi syafaat kepada kita semua tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit.

 
New Ads
Produk Terhangat !
Rakan Cyber

Mai la...KLIK SAYA!

Other things
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus.
Other things
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus.
Menaja Ala Helang
Monday, January 08, 2007
Tentu anda tertanya-tanya dengan apa yang dimaksudkan dengan menaja ala helang (Eagle Eye Sponsoring) ini? Jika kita analisa sifat dan kehidupan helang secara mendalam, kita akan dapati bahawa helang ini adalah seekor haiwan yang sangat agresif. Pandangan matanya sangat tajam dan mampu menembusi ke dalam laut walaupun sedang terbang di udara. Sebab itulah, ia boleh menangkap ikan, ular, tikus dan binatang kecil yang lain dengan cepat dan tepat. Jadi, cuba anda tiru cara helang ini. Cuba anda menganalisa 10 kali lebih cepat daripada orang lain. Anda akan melihat sesuatu peluang 10 kali lebih cepat daripada orang lain. Sebab itulah, orang yang melihat peluang, mereka akan bertindak dengan agresif dan lebih cepat bertindak daripada orang lain.

Anda juga seharus cekap dalam membuat keputusan. Helang merupakan seekor haiwan yang cepat membuat keputusan dan bertindak. Zaman sekarang, jangan asyik tunggu dan kaji. Terus ambil tindakan dengan cepat dan pantas. Helang juga adalah seekor haiwan yang dapat terbang di awan yang tinggi. Terbangnya melebihi burung - burung yang lain. Jadi, diri anda juga berupaya menjadi seperti helang iaitu berada di kemuncak kejayaan seperti helang di kemuncak awan.

Tajamkan penglihatan, pendengaran dan bertindak dengan pantas. Inilah konsep ala helang. Paruh helang yang tajam diibaratkan kebolehan anda bercakap dan berkomunikasi sesama manusia. Manakala kuku helang yang tajam menandakan cengkaman anda pada sesuatu tugas dan tanggungjawab. 'Cengkam' downline dan pelanggan. Jangan lepaskan mereka ke orang lain. Itulah sifat helang.

Helang sangat ditakuti oleh ular. Begitu juga dengan anada. Biarlah sebisa manapun penolakan dan kata - kata orang lain terhadap anda, namun, anda adalah helang. Anda ada paruh yang tajam dan kuku yang mencengkam.

Sifat helang yang patut anda tiru :-
  • Tajam penglihatan,
  • Tajam pendengaran,
  • Pantas bertindak,
  • Kuat cengkaman,
  • Berani
posted by editor @ 9:33 AM  
Previous Post
Archives
Links
Sponsor by

Free Blogger Templates

BLOGGER

Trafik Pelawat

© 2005 Rahsia Niaga.Com Template by Isnaini Dot Com