Salah satu sebab mengapa downline tidak aktif adalah kerana ilmu yang diberikan atau ilmu yang dimiliki oleh downline tidak cukup. Apabila ilmu tidak cukup, mana boleh berjaya. Kebanyakan downline yang tidak aktif kerana mereka kurang ilmu pengetahuan. Mereka tidak tahu 'sepak terajang' dalam perniagaan MLM. Sebagai upline, pastikan downline anda dibekalkan ilmu pengetahuan yang mencukupi. Ilmu diibaratkan seperti senjata yang boleh digunakan bagi bertempur. Ilmu ada banyak jenis. Contohnya ilmu pelan pemasaran, ilmu teknik menjual, ilmu teknik downline, ilmu produk, ilmu komunikasi dan lain – lain lagi. Ilmu ini boleh dipelajari melalui meeting ataupun secara terus melihat dan mencontohi upline. Jadi, ilmu tidak diperolehi sekelip mata dan ianya bertahap. Hendak berjaya dalam MLM tidak perlukan kelulusan. Tetapi, perlu ilmu yang berkaitan dengan MLM. |