...sambungan
Teknik 3 Anda : Apabila saudara meninggal dunia, ramai yang datang menuntut bayaran daripada waris anda. Contohnya, bank, institusi kewangan, Courts Mammoth, rakan dan lain – lain lagi. Syarikat MLM X pula akan ke rumah saudara membawa cek pendapatan saudara berbentuk royalti dan diberikan pula kepada isteri dan anak saudara sebagai pewaris. Prospek : Hebat bunyinya. Apakah cara yang boleh saya buat bagi menceburinya? Anda : Senang sahaja. Saudara belanjakan 10 peratus daripada pendapatan saudara bagi membeli barang keperluan sekunder. Kemudian perkenalkan kepada orang lain melalui penajaan. Apabila dilakukan dengan betul dan berterusan, anda tidak perlu risau. Ini kerana sekiranya sesuatu yang buruk berlaku kepada saudara, syarikat kami akan datang bawa cek biar pun orang lain datang ke rumah anda meminta bayaran. Bersambung... |