Rahsia Niaga.Com

Blog Rahsia Niaga adalah rangkaian blog bagi RahsiaNiaga.Com. Blog ini memapar kaedah, rahsia, petua dan tip untuk berniaga secara online dan offline agar kita tidak mensia-siakan masa hidup kita ke arah yang tidak sihat. Semoga apa yang terkandung dalam blog ini memberi syafaat kepada kita semua tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit.

 
New Ads
Produk Terhangat !
Rakan Cyber

Mai la...KLIK SAYA!

Other things
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus.
Other things
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus.
Kelebihan Membina Blog
Tuesday, July 08, 2008
Blogging adalah satu media perhubungan yang begitu efisyen dan menjadi satu alat atau kelengkapan yang menarik,dimana ia digunakan secara meluas dengan pelbagai penggunaan.Ia juga digunakan dengan meluas bagi tujuan pemasaran bagi pihak pengiklanan.Blogging juga telah menjadi begitu popular dikalangan remaja dan generasi terdahulu untuk berkongsi idea,pendapat dan untuk memberi bimbingan atau tutorial dalam pelbagai bidang.

Berkongsi pengetahuan dan pengurusan adalah kelebihan yang amat penting dalam blogging. Dalam pada itu, faedah lain yang boleh diperolehi daripada blogging ialah 'self-marketing', pembinaan komuniti, perkhidmatan pelanggan yang lebih baik, penulisan yang menarik, penubuhan social dan teknik komunikasi yang lebih baik.Di bawah ini disenaraikan beberapa kelebihan utama:

  1. Penghubung
    Ia merupakan teknik yang efisyen dan kos-efektif untuk mengiklan maklumat dan kepakaran mengenai bisnes anda kerana ia merupakan penghubung dengan komuniti yang besar.Ini sangat membantu bagi bisnes yang kecil,di mana mereka tidak mampu untuk melabur di dalam memasarkan produk atau servis.

  2. Komunikasi Secara Terus
    Ia menyediakan sumber komunikasi secara terus dengan pelanggan atau pengunjung blog,di mana mereka bebas meluahkan idea, pertanyaan atau pengalaman berkenaan dengan sesuatu komoditi atau topik. Dengan cara ini, penerbit atau 'tuan punya blog' akan mendapat gambaran dari pelabgai cadangan, pendapat dan boleh membuat beberapa perubahan di dalam proses pengeluaran.

  3. Masa Nyata (Real time)
    Blogging membolehkan sesiapa sahaja berdebat atau berdiskusi secara 'on-the-spot'.Anda tidak perlu menunggu keesokan harinya untuk membaca keratan akhbar.Pihak pengiklanan boleh membuat perubahan dengan segera dan memberitahu kepada pembaca mengenai sebarang perubahan.

  4. Pendapat Yang Demokratik
    Tidak ada halangan bagi sesiapa pun untuk membuat 'post',melainkan jika menyebabkan pembaca lain tersinggung.Melalui blog,anda akan mendapat pandangan yang berbeza dan mengelakkan idea yang berulang-ulang daripada respon yang diterima bagi sesuatu produk atau servis.Dengan ini juga,ia mengikut konsep demokrasi di dalam sumber informasi.

  5. Search Engine Optimization (SEO)
    Blogging menggunakan teknik SEO dan dengan cara ini dapat membantu meningkatkan kedudukan dalam enjin carian atau 'Search Engine'. Kos untuk servis SEO adalah di dalam anggaran antara $5000 ke $10,000 dolar.Servis ini sedikit sebanyak meningkatkan populariti sesebuah blog tersebut,dengan memaparkan hasil carian untuk 'keyword' yang spesifik apabila pengguna menaip di dalam kotak carian(search box). Oleh sebab itu,kebanyakan blog mempunyai 'keyword' yang berulang.Ini akan menyebabkan hasil enjin carian yang lebih positif dan meningkatkan keuntungan.

  6. Penerbitan Yang Pantas
    Usahawan sesuatu bisnes menggunakan teknik blogging ini untuk menyatakan atau meluahkan kepakaran, pandangan, dan pengetahuan dengan jelas kerana ianya merupakan alat atau 'tools'yang pantas dan mudah.Dalam pada itu,banyak syarikat yang menyediakan tips untuk blogging secara online untuk memulakan proses tersebut.Ia adalah mudah bagi pengunjung blog untuk melayari blog dan memberikan idea atau pertanyaan.

  7. Penjimatan Kos
    Blogging juga merupakan satu medium atau cara yang murah untuk membawa nama sesuatu syarikat menjadi perhatian ramai.Bisnes yang kecil menggunakan blog untuk menerangkan ciri-ciri produk yang hendak dipromosikan, menjual dan untuk melakukan perbandingan di antara sesuatu produk. Ini seterusnya dapat mengurangkan keseluruhan belanjawan dan memberi hasil yang lebih baik di mana ia menyediakan skop untuk para pembaca atau pengunjung blog memberi maklum balas.

  8. Reputasi
    Dengan perkhidmatan pelanggan yang baik dan produk yang berkualiti tinggi,blog membolehkan untuk membina kepercayaan pelanggan dan konfiden kepada syarikat.Ia melambangkan atau menggambarkan kredibiliti pemilik blog tersebut sebagai seorang yang mahir dan menjaga reputasi syarikat,membolehkan pelanggan merasa selesa dan bebas untuk bergantung atau berharap.
Mengikut kajian, mereka yang memaparkan blog atau mengunjunginya mendapat pengalaman yang mengejutkan, melepaskan penat lelah mereka dan mengurangkan tahap stress mereka. Blogging memberi idea yang baru dan meningkatkan kecekapan dalam pemahaman.Ia memberikan perspektif yang berbeza bagi sesuatu idea, dan dengan cara ini dapat meluaskan apa yang disebut 'social spectrum'.

Labels:

posted by editor @ 10:48 PM  
Previous Post
Archives
Links
Sponsor by

Free Blogger Templates

BLOGGER

Trafik Pelawat

© 2005 Rahsia Niaga.Com Template by Isnaini Dot Com