Rahsia Niaga.Com

Blog Rahsia Niaga adalah rangkaian blog bagi RahsiaNiaga.Com. Blog ini memapar kaedah, rahsia, petua dan tip untuk berniaga secara online dan offline agar kita tidak mensia-siakan masa hidup kita ke arah yang tidak sihat. Semoga apa yang terkandung dalam blog ini memberi syafaat kepada kita semua tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit.

 
New Ads
Produk Terhangat !
Rakan Cyber

Mai la...KLIK SAYA!

Other things
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus.
Other things
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus.
nak KAYA kena ada DUIT
Wednesday, August 30, 2006
Ramai orang bila di tanya memang nak jadi kaya harta. Tidak kurang nak kaya segera. Siang malam fikirkan macam mana nak jadi kaya. Dewasa ini tidak ramai yang nak jadi KAYA budi bahasa, KAYA adab sopan dan sebagainya. Kebanyakan nak KAYA harta dan wang ringgit. Atas keinginan nak jadi 'kaya' atau 'kaya segera', maka ramailah yang mencari idea macam mana nak jadi kaya sehingga muncul golongan PENIPU dan TERTIPU. Keadaan ini perlu di ubah. Ketahuilah tidak ada dalam dunia yang anda boleh kaya cepat.

Jutawan-jutawan dunia seperti Bill Gates, Donald Trump, J.K. Rowling dan sebagainya mengambil masa yang lama dan menempuh segala kegagalan dan keperitan hidup sebelum menjadi kaya di usia yang sudah meningkat. Sebenarnya ada banyak peluang bila nak jadi kaya. Selalunya peluang ini wujud dalam perniagaan. Sebab itu ada yang meriwayatkan bahawa "9 dari pada 10 bahagian kekayaan hasilnya dari peniagaan". Kecualilah anda seorang anak jutawan yang akan mewarisi harta kekayaan keluarga anda.

Jadi, pada hari ini, saya memperkatakan berkenaan istilah/motto yang selalu saya pakai ini dalam forum WangCyber.com iaitu nak KAYA kena ada DUIT. Kaya di sini adalah KAYA DUIT (sebab itu saya besar huruf tu). Apa yang anda semua lihat dan faham dari ayat itu? Ya, kalau di lihat secara kasar, memanglah nak kaya (harta) kena ada duit kan? Itulah adalah maksud tersurat. Maksud tersirat pula ialah :
Bila kita nak :
K - Korban. Kita perlu membuat bermacam pergorbanan sebelum nak dapatkan sesuatu. Misalnya yang berjaya dalam pelajaran, kita kena berkorban masa, tenaga, wang ringgit (bayar yuran tuisyen) dan sebagainya. Begitu juga jika kita nak jadi kaya.
A - Angan-angan. Selalunya kita berangan-angan dahulu. Ooo...saya nak jadi kaya. Dari angan-angan itu yang akan menjadi impian dan matlamat. Dari angan-angan juga akan muncul pelaksanaan dan tujuan hidup. Tapi angan-angan tanpa buat sesuatu itu tidak akan ke mana-mana. Jangan angan-angan kosong sahaja.
Y - Yakin. Kalau nak buat sesuatu, anda perlu keyakinan. Keyakinan ini yang akan 'menggerakkan anda' menuju matlamat/arah tujuan.
A - Aman. Kalau suasana tidak aman, macam mana kita nak berniaga? Macam mana kita nak tarik pembeli/ pelabur? Kalau tiada pembeli/ pelabur, macam mana kita nak untung? Betul tak?

Itu adalah dari segi perancangan. Manakala dari segi pelaksanaan pula, kita kena ada / lakukan :
D - Doa. Doa kepada tuhan supaya tuhan permudahkan segala urusan kita. Kena selalu berdoa dan berterusan.
U - Usaha. Doa sahaja tanpa usaha tak jadi. Jadi, ia harus seiring sambil berdoa, kita kena berusaha juga.
I - Ilmu. Kita dah berdoa, dah berusaha tanpa kalau tiada ilmu / pengetahuan mengenai apa kita buat, tak guna. Ilmu tanpa amal adalah sia-sia. Amal tanpa ilmu adalah gila. Kerja gila kalau buat sesuatu perkara tanpa ada ilmu. Peluang cerah untuk gagal.
T - Tawakal. Setelah segala usaha dan doa dilakukan, berserahlah pada tuhan (bertawakal) tentang urusan selebihnya. Inilah erti tawakal yang sebenar. Berusaha dulu sebelum bertawakal.
Baiklah, itu sahaja untuk hari ini. Jumpa lagi nanti. Selamat Hari Merdeka pada semua rakyat Malaysia. Jagalah keharmonian dan keamanan negara kita supaya tidak 'dijajah' lagi.
posted by editor @ 8:45 AM  
Previous Post
Archives
Links
Sponsor by

Free Blogger Templates

BLOGGER

Trafik Pelawat

© 2005 Rahsia Niaga.Com Template by Isnaini Dot Com