Rahsia Niaga.Com

Blog Rahsia Niaga adalah rangkaian blog bagi RahsiaNiaga.Com. Blog ini memapar kaedah, rahsia, petua dan tip untuk berniaga secara online dan offline agar kita tidak mensia-siakan masa hidup kita ke arah yang tidak sihat. Semoga apa yang terkandung dalam blog ini memberi syafaat kepada kita semua tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit.

 
New Ads
Produk Terhangat !
Rakan Cyber

Mai la...KLIK SAYA!

Other things
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus.
Other things
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus.
Apabila Pelanggan Berkata “TIDAK” - Siri 1
Wednesday, August 23, 2006

Apabila anda hendak menjual barangan kepada pelanggan, kemudian mereka mengatakan “TIDAK” untuk membeli. Apakah yang perlu anda lakukan? Adakah anda perlu mengeluh? Terasa dihina? Atau Marah? Saya berikan anda beberapa tip menghadapi pelanggan yang mengatakan TIDAK kepada anda.

Bersopan santun
Anda perlu bersopan santun apabila pelanggan menolak. Sama ada dia hendak membeli atau tidak, itu haknya. Sungguhpun dia menolak, ini sebenarnya peluang anda untuk berkawan dengannya dan mungkin di masa hadapan, dia akan membeli daripada anda ataupun ditaja oleh anda.

Belajar kelemahan-kelemahan diri anda dari masa ke semasa. Supaya lama-kelamaan nanti, anda akan mahir menjual dan menaja. Tumpukan kepada matlamat jangka panjang anda. Ini bagi mengelakkan kekecewaan anda dalam jangka masa pendek. Saya namakan ini sebagai kekecewaan bermusim. Dalam dunia perniagaan MLM, malah dalam apa jua bidang, perjalanan ke arah kejayaan dimulai oleh kegagalan sementara. Saya kemukakan beberapa contoh kegagalan sementara:

  1. Henry Ford (pengasas kereta FORD) menjadi bangkrap pada tahun pertama operasi industri keretanya. Ini disusuli pula kegagalan kedua dua tahun kemudiannya. Seterusnya, cubaan yang ketiga, baru beliau berjaya.
  2. Syarikat penerbitan buku yang ternama menolak penerbitan buku Harry Potter. Mereka memandang rendah hasil tulisan J.K. Rowling ini (kerana salah satu sebab ialah beliau adalah wanita). Akhirnya kini, beliau menjadi jutawan hasil daripada penulisan siri buku Harry Potter.
  3. R.H Macy mengalami kegagalan dalam penjualan barang-barang kering dan akhirnya, pada kali keempat baru beliau berjaya.
  4. Syarikat Coca Cola hanya berjaya menjual 400 botol sahaja dalam operasi mereka pada tahun yang pertama.

Pada pendapat saya, apabila anda berbual dengan penguasaha MLM yang mencapai taraf jutawan, anda pasti mendengar mereka bercerita tentang beratus-ratus kegagalan sementara yang mereka alami sebelum berjaya.

Begitu juga dengan sesiapa sahaja yang berlainan bidang, anda dapat dengar cerita mereka yang sama tentang kegagalan sementara. Usaha yang konsisten sahaja yang dapat membawa anda ke arah kejayaan.

Apabila anda ‘jatuh’ tujuh kali, ‘naik’ (bangkit)lah kali yang ke lapan. Apabila anda 100 kali, naiklah untuk kali yang ke 101 dan apabila anda jatuh 1000 kali,.... (anda isikan sendiri ruang kosong ini)Semuanya terletak di tangan anda. Berusaha dan terus berusaha sehingga berjaya menjaul produk anda. (Tetapi, jangan sampai anda menjual keimanan, prinsip hidup dan adab sopan anda).

Bersambung...

posted by editor @ 4:13 PM  
Previous Post
Archives
Links
Sponsor by

Free Blogger Templates

BLOGGER

Trafik Pelawat

© 2005 Rahsia Niaga.Com Template by Isnaini Dot Com