Rahsia Niaga.Com

Blog Rahsia Niaga adalah rangkaian blog bagi RahsiaNiaga.Com. Blog ini memapar kaedah, rahsia, petua dan tip untuk berniaga secara online dan offline agar kita tidak mensia-siakan masa hidup kita ke arah yang tidak sihat. Semoga apa yang terkandung dalam blog ini memberi syafaat kepada kita semua tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit.

 
New Ads
Produk Terhangat !
Rakan Cyber

Mai la...KLIK SAYA!

Other things
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus.
Other things
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus.
10 Cara Hangat Menjual Produk Anda (Kaedah Gila-gila)
Thursday, July 17, 2008
Anda inginkan kaedah / tip untuk melariskan produk anda?
Ikut cara di bawah ini. :

  1. Tukarkan salinan iklan pemasaran anda kepada satu cerita atau satu artikel. Pelawat-pelawat anda tidak berasa ragu-ragu untuk membaca iklan anda itu, malah mereka akan lebih meminati produk anda.
  2. Berikan pelawat-pelawat sesuatu yang baru secara percuma kepada mereka yang menyertai kajian (survey) online anda. Kajian ini akan memberikan perniagaan anda nilai kebijaksanaan dan lebih relevan dengan pasaran anda.
  3. Tingkatkan atau tambahkan kuasa faedah bagi salinan pengiklanan anda dengan menggunakan perkataan yang mempunyai daya tarikan, pengutamaan kepada kata kunci, penggunaan warna, penekanan kepada frasa-frasa kunci dan penggarisan perkataan.
  4. Berikan pelawat-pelawat anda pelbagai pilihan, jadi mereka tidak rasa produk yang mereka minati itu seperti perasaan yang dikawal. Tawarkan mereka pelbagai cara untuk membuat pesanan, hubungi anda, melayari dan sebagainya.
  5. Letakkan diri anda sendiri di dalam ‘kasut’ pelawat. ops, maksud saya, design laman web anda untuk mereka, bukannya untuk diri anda. Ciptakan produk anda di sekitar pelawat anda kerana anda mahukan mereka yang membeli produk anda itu.
  6. Dapatkan nasihat percuma atau berbayar dari webmaster-webmaster tentang kejayaan mereka. Sertai forum atau chat room bersama mereka.
  7. Gunakan bonus-bonus percuma anda untuk mencipta keadaan ‘kecemasan’ supaya pelawat-pelawat anda terus membeli dari anda. Katakan tawaran ini hanya untuk mereka pada masa yang terhad dengan produk utama anda.
  8. Tawarkan kepada pelanggan anda produk tambahan yang berkaitan dengan pembelian produk utama. Sebagai contoh, jika mereka membuat pembelian lampu suluh (torchlight), tawarkan mereka pelbagai jenis bateri yang tahan lama. Upsell produk.
  9. Jadikan pelawat-pelawat anda berasa seronok dan bahagia dengan memberikan mereka pujian. Jika mereka merasainya tentang pembelian, mereka akan membeli dari laman web anda.
  10. Tambahkan pelbagai jenis faedah dan keuntungan untuk laman web anda. Jika anda menjual ebook- ebook cuba juga untuk jual perkhidmatan perniagaan anda, kursus-kursus dan jadi sebagai pembekal.

ok, apa pulak kata anda?

Labels:

posted by editor @ 6:54 AM  
Previous Post
Archives
Links
Sponsor by

Free Blogger Templates

BLOGGER

Trafik Pelawat

© 2005 Rahsia Niaga.Com Template by Isnaini Dot Com