Rahsia Niaga.Com

Blog Rahsia Niaga adalah rangkaian blog bagi RahsiaNiaga.Com. Blog ini memapar kaedah, rahsia, petua dan tip untuk berniaga secara online dan offline agar kita tidak mensia-siakan masa hidup kita ke arah yang tidak sihat. Semoga apa yang terkandung dalam blog ini memberi syafaat kepada kita semua tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit.

 
New Ads
Produk Terhangat !
Rakan Cyber

Mai la...KLIK SAYA!

Other things
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus.
Other things
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus.
Selamat Hari Merdeka
Thursday, August 31, 2006
Hari ini genap 49 tahun Tanah Melayu (Malaysia) merdeka. Pelbagai cabaran, rintangan dan dugaan telah ditempuhi sepanjang ini. Di harap perpaduan yang terjalin antara kaum di Malaysia ini berpanjangan agar kemakmuran, kemajuan dan keamanan dapat di rasai oleh pelbagai pihak.
Tanya diri anda, apakah erti kemerdekaan pada diri anda? Ia bukan 'hari bercuti' semata-mata. Jika di lihat kepada sejarah Malaysia, ia suatu 'perjalanan' yang sangat panjang yang perlu dilalui. 49 tahun bukan satu jangka masa yang pendek untuk kita semua 'bina' satu masyarakat yang majmuk yang hidup secara harmoni antara satu sama lain.
Jadi, jangan kita merosakkan keamanan dan kemakmuran ini. Ataupun membiarkan 'anasir-anasir' yang berniat jahat menghancurkan keamanan dan keharmonian di Malaysia. Marilah kita bersatu padu untuk hidup aman dan damai tanpa ada rasa hasad dengki antara satu sama lain. Hayatilah jasa-jasa tokoh dan perajurit yang terdahulu berjuang untuk mewujudkan keamanan dan kemakmuran yang kita semua kecapi sekarang ni. SELAMAT HARI MERDEKA pada semua rakyat Malaysia, tidak kira di mana anda berada.
posted by editor @ 5:01 PM  
Previous Post
Archives
Links
Sponsor by

Free Blogger Templates

BLOGGER

Trafik Pelawat

© 2005 Rahsia Niaga.Com Template by Isnaini Dot Com