Rahsia Niaga.Com

Blog Rahsia Niaga adalah rangkaian blog bagi RahsiaNiaga.Com. Blog ini memapar kaedah, rahsia, petua dan tip untuk berniaga secara online dan offline agar kita tidak mensia-siakan masa hidup kita ke arah yang tidak sihat. Semoga apa yang terkandung dalam blog ini memberi syafaat kepada kita semua tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit.

 
New Ads
Produk Terhangat !
Rakan Cyber

Mai la...KLIK SAYA!

Other things
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus.
Other things
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus.
Jom Berevolusi Untuk Kejayaan Anda Besok !
Thursday, July 24, 2008

Semua orang mempunyai impian dan azam untuk dicapai dalam hidup ini tidak kiralah sebesar mana pun impian tersebut. Tanpa impian dan azam, percayalah bahawa hidup anda selama ini adalah sia-sia sahaja kerana tanpanya, hidup anda tidak bermakna langsung.

Apakah impian dan azam yang ingin anda kecapi? Adakah anda mengimpikan hidup mewah, rumah besar, kereta sport dan sebagainya? Adakah anda ingin mengelilingi satu dunia dengan berbasikal? Adakah anda ingin membuka yayasan kebajikan sendiri untuk membantu orang yang tidak berkemampuan? Adakah anda ingin memiliki sebuah syarikat besar?

Percayalah bahawa dengan memiliki impian dan azam sebegini membuatkan hidup anda lebih bermakna dan mempunyai target untuk dicapai.

Namun begitu adakah untuk mencapai impian tersebut merupakan impian yang kosong?

Oh, dukacitanya dimaklumkan bahawa ia hanya merupakan impian yang kosong JIKA anda tidak tahu bagaimana untuk mencapainya. Sedar atau tidak, sebenarnya kita sendiri telah menyebabkan impian kita mustahil untuk dicapai kerana kita sering memberikan alasan untuk mengelak dari mencapainya. Dan sedar ataupun tidak sebenarnya setiap kali anda mengatakan bahawa ianya mustahil, ia merupakan satu doa dan anda semestinya tidak dapat mengapai impian anda.


Jadi, Bagaimanakah caranya untuk mencapai impian tersebut?

Hanya ada dua cara utama iaitu BERHENTI BERALASAN dan pastikan MINDSET ANDA berada dalam keadaan yang betul. Dengan dua cara inilah yang dapat membantu anda mengapai segala impian anda dan percayalah anda juga boleh mendapatkan apa juga yang anda impikan walaupun ia sukar. Inilah rahsia sebenar bagaimana untuk anda mendapatkan apa yang dihajati!


Bagaimana pula untuk memastikan mindset dalam keadaan yang betul?

Caranya agak ringkas tetapi anda perlu mempelajarinya. Cara untuk memastikan mindset anda berada dalam keadaan yang betul mengikut naluri impian anda adalah dengan menguasai minda anda! Dengan menguasai minda anda, untuk menikmati kejayaan, kekayaan dan sebagainya menjadi amat mudah untuk anda.


Pihak Evolusi Minda telah menganjurkan satu seminar khas untuk membantu anda menguasai minda anda. Seminar ini sangat istimewa kerana ia mampu mengubah hidup anda menjadi lebih baik setelah anda mempelajari cara untuk menguasai minda secara praktikal. Kini masa depan anda sangat cerah dan kejayaan dan kekayaan akan menjadi milik anda.

Berikut merupakan maklumat mengenainya:

Hari & Tarikh : Ahad, 10 Ogos 2008
Tempat : Hotel Armada, Petaling Jaya
Masa : 8 a.m - 5 p.m
Pakaian : Bebas Asalkan Selesa
Harga : RM398 sahaja

(Segala Kelengkapan Disediakan Oleh Pihak Evolusi Minda)


Jadi marilah kita bersama-sama menggapai impian kita bersama-sama dengan mempelajari cara untuk menguasai minda di Seminar Evolusi Minda ini.

Labels:

posted by editor @ 8:56 PM  
Naik Minyak Untuk Kurangkan Inflasi???
Friday, July 18, 2008
Ok, kali ini nak cerita sedikit perihal ekonomi negara kita. Sejak kebelakangan ini, saya melihat dan berpendapat, kerajaan telah banyak mengambil langkah yang kurang tepat di dalam menjaga dan menguruskan ekonomi negara.

1) Kenaikan harga minyak secara mendadak.

Hasil menonton perdebatan minyak antara Dato Seri Anwar dengan Datuk Ahmad Shabery Cheek yang ditayangkan di TV9 semalam, saya percaya harga minyak sebenarnya boleh dinaikkan secara peringkat demi peringkat dan bukannya secara mendadak. Seperti pengurusan kewangan peribadi, kerajaan juga mempunyai dana kecemasannya. Jadi, pada waktu-waktu begini, apa salahnya menggunakan dana kecemasan tersebut “sedikit” (bukan semua) untuk membolehkan kenaikan harga minyak dilakukan secara peringkat demi peringkat. Isu yang ingin ditekankan disini ialah mengapa harga minyak dinaikan secara mendadak? Mengapa tidak dinaikan secara berperingkat? BUKANnya tak kasi langsung naik harga minyak..

Satu perkara yang saya kira agak lucu yang diperkatakan oleh Datuk Ahmad Shabery Cheek semalam ialah, berkenaan “menaikan harga minyak untuk mengurangkan kadar inflasi”. Aduh! Macam Datuk Seri Anwar kata.. “teori ekonomi mana diorang pakai nie?”.. minyak adalah keperluan asas.. jika minyak naik.. maka inflasi akan turut naik.

Konon-kononnya, duit yang tidak digunakan untuk subsidi minyak itu akan digunakan untuk subsidi makanan, subsidi pada makanan? Saya tidak nampak.. yang saya nampak, beras tempatan sudah tidak ada di pasaraya , yang ada hanya beras import yang lebih mahal. Inikah yang dikatakan subsidi makanan?

Menteri-menteri tak pernah beli ikan mahupun beras di pasar.. jadi, mereka tidak nampak realiti sebenar. Kononnya kadar inflasi negara hanya 6%, hakikatnya.. ia lebih dari itu. Jika nasi lemak dulu RM1.50 sekarang sudah RM2.00 , ianya 30%.. bukannya 6%..

Ringkasnya, menaikkan harga minyak secara mendadak adalah satu kesilapan yang dilakukan oleh kerajaan.

2) Cadangan 2 gaji sebulan

Ini adalah cadangan yang paling bodoh yang pernah saya dengar dikeluarkan oleh seorang menteri.. dengan kenaikan kadar inflasi yang mendadak secara tiba-tiba (berpunca dari kenaikan harga minyak) , rakyat perlukan lebih banyak WANG untuk menyara sara hidup, bukannya lebih KERAP dapat gaji. Bayaran gaji 2 kali sebulan hanya akan lebih mengkucar-kacirkan pengurusan kewangan keluarga. Nasib baik idea bodoh ini tidak menjadi.

3) Memanjangkan tempoh pinjaman perumahan.

Pihak kerajaan telah berbincang dengan pihak bank, agar kadar bayaran bulanan pinjaman perumahan dapat dikurangkan, dengan cara memanjangkan tempoh bayaran balik pinjaman. Fuh! memang satu lagi langkah silap dilakukan oleh kerajaan. Kadang-kadang saya tertanya, siapakah penasihat ekonomi negara dan mengapa beliau ini terlalu “bodoh” pasal kewangan. Ini adalah perkara basic dalam pengurusan hutang. Memanjangkan lagi tempoh pinjaman, sebenarnya akan menyebabkan jumlah hutang itu bertambah banyak (walaupun bayaran bulanan kurang, kurang sikit je.. bukan banyak pun!),.

Jika beli rumah RM100,00 , dan bayar semula dalam masa 20 tahun, anda perlu bayar RM220,000 untuk langsaikan hutang tersebut. Tetapi jika tempoh permbayaran tersebut dilanjutkan sehingga 30 tahun, bermakna anda perlu bayar sebanyak RM280,000 untuk melangsaikan hutang rumah itu (kiraan berdasarkan kadar interest 6%). Jadi, dimananya yang kurang? ianya hanya akan menyebabkan rakyat lebih terperangkap dalam hutang dan seterusnya akan menyebabkan ekonomi rakyat terus merana. Sekaligus merencat pertumbuhan ekonomi negara. Hmm.. entahla.. apa nak jadi pun tak tahu la.. rosak negara macam nie..

Dipetik dari laman : Suhaimy Abu Bakar
Rujukan & Komen : Blog Uncle Anwar

p/s : Kalau dilihat pada rekod terdahulu menteri kewangan ke-2 ni, rasanya patut la ekonomi kita jadi macam sekarang. Bo*tut*.

Labels:

posted by editor @ 8:39 PM  
10 Cara Hangat Menjual Produk Anda (Kaedah Gila-gila)
Thursday, July 17, 2008
Anda inginkan kaedah / tip untuk melariskan produk anda?
Ikut cara di bawah ini. :

  1. Tukarkan salinan iklan pemasaran anda kepada satu cerita atau satu artikel. Pelawat-pelawat anda tidak berasa ragu-ragu untuk membaca iklan anda itu, malah mereka akan lebih meminati produk anda.
  2. Berikan pelawat-pelawat sesuatu yang baru secara percuma kepada mereka yang menyertai kajian (survey) online anda. Kajian ini akan memberikan perniagaan anda nilai kebijaksanaan dan lebih relevan dengan pasaran anda.
  3. Tingkatkan atau tambahkan kuasa faedah bagi salinan pengiklanan anda dengan menggunakan perkataan yang mempunyai daya tarikan, pengutamaan kepada kata kunci, penggunaan warna, penekanan kepada frasa-frasa kunci dan penggarisan perkataan.
  4. Berikan pelawat-pelawat anda pelbagai pilihan, jadi mereka tidak rasa produk yang mereka minati itu seperti perasaan yang dikawal. Tawarkan mereka pelbagai cara untuk membuat pesanan, hubungi anda, melayari dan sebagainya.
  5. Letakkan diri anda sendiri di dalam ‘kasut’ pelawat. ops, maksud saya, design laman web anda untuk mereka, bukannya untuk diri anda. Ciptakan produk anda di sekitar pelawat anda kerana anda mahukan mereka yang membeli produk anda itu.
  6. Dapatkan nasihat percuma atau berbayar dari webmaster-webmaster tentang kejayaan mereka. Sertai forum atau chat room bersama mereka.
  7. Gunakan bonus-bonus percuma anda untuk mencipta keadaan ‘kecemasan’ supaya pelawat-pelawat anda terus membeli dari anda. Katakan tawaran ini hanya untuk mereka pada masa yang terhad dengan produk utama anda.
  8. Tawarkan kepada pelanggan anda produk tambahan yang berkaitan dengan pembelian produk utama. Sebagai contoh, jika mereka membuat pembelian lampu suluh (torchlight), tawarkan mereka pelbagai jenis bateri yang tahan lama. Upsell produk.
  9. Jadikan pelawat-pelawat anda berasa seronok dan bahagia dengan memberikan mereka pujian. Jika mereka merasainya tentang pembelian, mereka akan membeli dari laman web anda.
  10. Tambahkan pelbagai jenis faedah dan keuntungan untuk laman web anda. Jika anda menjual ebook- ebook cuba juga untuk jual perkhidmatan perniagaan anda, kursus-kursus dan jadi sebagai pembekal.

ok, apa pulak kata anda?

Labels:

posted by editor @ 6:54 AM  
Kelebihan Membina Blog
Tuesday, July 08, 2008
Blogging adalah satu media perhubungan yang begitu efisyen dan menjadi satu alat atau kelengkapan yang menarik,dimana ia digunakan secara meluas dengan pelbagai penggunaan.Ia juga digunakan dengan meluas bagi tujuan pemasaran bagi pihak pengiklanan.Blogging juga telah menjadi begitu popular dikalangan remaja dan generasi terdahulu untuk berkongsi idea,pendapat dan untuk memberi bimbingan atau tutorial dalam pelbagai bidang.

Berkongsi pengetahuan dan pengurusan adalah kelebihan yang amat penting dalam blogging. Dalam pada itu, faedah lain yang boleh diperolehi daripada blogging ialah 'self-marketing', pembinaan komuniti, perkhidmatan pelanggan yang lebih baik, penulisan yang menarik, penubuhan social dan teknik komunikasi yang lebih baik.Di bawah ini disenaraikan beberapa kelebihan utama:

  1. Penghubung
    Ia merupakan teknik yang efisyen dan kos-efektif untuk mengiklan maklumat dan kepakaran mengenai bisnes anda kerana ia merupakan penghubung dengan komuniti yang besar.Ini sangat membantu bagi bisnes yang kecil,di mana mereka tidak mampu untuk melabur di dalam memasarkan produk atau servis.

  2. Komunikasi Secara Terus
    Ia menyediakan sumber komunikasi secara terus dengan pelanggan atau pengunjung blog,di mana mereka bebas meluahkan idea, pertanyaan atau pengalaman berkenaan dengan sesuatu komoditi atau topik. Dengan cara ini, penerbit atau 'tuan punya blog' akan mendapat gambaran dari pelabgai cadangan, pendapat dan boleh membuat beberapa perubahan di dalam proses pengeluaran.

  3. Masa Nyata (Real time)
    Blogging membolehkan sesiapa sahaja berdebat atau berdiskusi secara 'on-the-spot'.Anda tidak perlu menunggu keesokan harinya untuk membaca keratan akhbar.Pihak pengiklanan boleh membuat perubahan dengan segera dan memberitahu kepada pembaca mengenai sebarang perubahan.

  4. Pendapat Yang Demokratik
    Tidak ada halangan bagi sesiapa pun untuk membuat 'post',melainkan jika menyebabkan pembaca lain tersinggung.Melalui blog,anda akan mendapat pandangan yang berbeza dan mengelakkan idea yang berulang-ulang daripada respon yang diterima bagi sesuatu produk atau servis.Dengan ini juga,ia mengikut konsep demokrasi di dalam sumber informasi.

  5. Search Engine Optimization (SEO)
    Blogging menggunakan teknik SEO dan dengan cara ini dapat membantu meningkatkan kedudukan dalam enjin carian atau 'Search Engine'. Kos untuk servis SEO adalah di dalam anggaran antara $5000 ke $10,000 dolar.Servis ini sedikit sebanyak meningkatkan populariti sesebuah blog tersebut,dengan memaparkan hasil carian untuk 'keyword' yang spesifik apabila pengguna menaip di dalam kotak carian(search box). Oleh sebab itu,kebanyakan blog mempunyai 'keyword' yang berulang.Ini akan menyebabkan hasil enjin carian yang lebih positif dan meningkatkan keuntungan.

  6. Penerbitan Yang Pantas
    Usahawan sesuatu bisnes menggunakan teknik blogging ini untuk menyatakan atau meluahkan kepakaran, pandangan, dan pengetahuan dengan jelas kerana ianya merupakan alat atau 'tools'yang pantas dan mudah.Dalam pada itu,banyak syarikat yang menyediakan tips untuk blogging secara online untuk memulakan proses tersebut.Ia adalah mudah bagi pengunjung blog untuk melayari blog dan memberikan idea atau pertanyaan.

  7. Penjimatan Kos
    Blogging juga merupakan satu medium atau cara yang murah untuk membawa nama sesuatu syarikat menjadi perhatian ramai.Bisnes yang kecil menggunakan blog untuk menerangkan ciri-ciri produk yang hendak dipromosikan, menjual dan untuk melakukan perbandingan di antara sesuatu produk. Ini seterusnya dapat mengurangkan keseluruhan belanjawan dan memberi hasil yang lebih baik di mana ia menyediakan skop untuk para pembaca atau pengunjung blog memberi maklum balas.

  8. Reputasi
    Dengan perkhidmatan pelanggan yang baik dan produk yang berkualiti tinggi,blog membolehkan untuk membina kepercayaan pelanggan dan konfiden kepada syarikat.Ia melambangkan atau menggambarkan kredibiliti pemilik blog tersebut sebagai seorang yang mahir dan menjaga reputasi syarikat,membolehkan pelanggan merasa selesa dan bebas untuk bergantung atau berharap.
Mengikut kajian, mereka yang memaparkan blog atau mengunjunginya mendapat pengalaman yang mengejutkan, melepaskan penat lelah mereka dan mengurangkan tahap stress mereka. Blogging memberi idea yang baru dan meningkatkan kecekapan dalam pemahaman.Ia memberikan perspektif yang berbeza bagi sesuatu idea, dan dengan cara ini dapat meluaskan apa yang disebut 'social spectrum'.

Labels:

posted by editor @ 10:48 PM  
Previous Post
Archives
Links
Sponsor by

Free Blogger Templates

BLOGGER

Trafik Pelawat

© 2005 Rahsia Niaga.Com Template by Isnaini Dot Com